Monday, 27 May 2013

Amanat Awal Ketua Menteri Melaka


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.....

Alhamdullilah..... sudah hampir 3 minggu rakyat Malaysia menjalankan kewajipan untuk mengundi dan syukran Ya Allah.... Barisan Nasional yang diketuai oleh Parti Keramat Orang Melayu UMNO terus mendapat mandat dan kepercayaan..... 

Jebat tertarik dengan ucapan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Hj Idris Bin Haron yang mengatakan kemenangan BN Melaka pada PRU ke 13 ini merupakan kemenangan "Suka Dalam Duka (SUDU)" bilamana tatkala BN Melaka memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Panglima Perang BN Melaka yang amat disayangi YBhg. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka ketika itu telah tewas di Parlimen Bukit Katil.


YAB Ketua Menteri mengatakan kekalahan DAR bukan kerana beliau tidak bekerja, tetapi sikap segelintir manusia yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN.

YAB Ketua Menteri juga menyifatkan yang "Sembang Santai" yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu ini merupakan titik tolak gerak kerja untuk Pilihanraya Umum (PRU 14) yang akan datang. Datuk Wira Ir Idris meminta semua pihak termasuk Puteri, UMNO, Wanita dan Pemuda untuk memulakan gerak kerja menambah sekurang-kurangnya 5 orang pengundi sebulan disetiap cawangan terutamanya pengundi melayu kerana beliau mendapati statistik menunjukkan yang pengundi-pengundi muda kaum cina lebih berminat untuk menyumbang kepada pembangunan politik tanah air dari pengundi-pengundi melayu. Beliau juga mengingatkan yang supaya diperkukuhkan kekuatan parti untuk terus bekerja demi menjamin kemenangan parti.

Dalam pada itu, YAB Ketua menteri sempat memberikan tips-tips yang boleh digunakan oleh semua " Apa yang kita dengar dalam politik kita simpan, lebih baik diam dari berkata-kata bak kata pepatah diam-diam ubi, diam berisi." satu lagi tips yang diberikan ialah "dont be to slow because they will kick u out, dont be to fast because they will chop u off, so get the right mood, the right step and the right speed, hit when there is right!! Beliau mendoakan yang terbaik untuk Puteri UMNO N. Melaka dan juga Bahagian Tangga Batu.

Sementara itu, YB Mas Ermieyati binti Shamsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka dalam ucapan awalnya memberikan 3 perkara yang perlu dilaksanakan untuk memperbaiki  jentera pilihanraya Barisan Nasional



Perkara pertama di perlu diambil kira ialah sistem IT, yang kedua pula sistem Polling, dan yang ketiga adalah sistem Penyelarasan Tugas.  Sehubungan dengan itu, beliau telah meminta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu selaku Pen. Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO N. Melaka untuk mendapatkan feedback dari semua ahli Puteri UMNO di seluruh Negeri Melaka untuk dibuat penambah-baikan dimasa akan datang.

Sekitar Acara......



Bacaan Doa Oleh Al Fadzil Ustaz Ridhuan Abu Samah



Ucapan Ketua Puteri Tangga Batu - Along



Team Nadi Rakyat Melaka



































1 comment:

  1. http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/ciri-ciri-idaman-naib-presiden-umno.html

    ReplyDelete

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top