Tuesday, 28 May 2013

Kukuhkan Perpaduan...... Teruskan Perjuangan!!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Semalam kami di Melaka digemparkan dengan serangan blogger kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka. Ramai yang agak marah dan "panas hati" dengan kenyataan blogger tersebut. Dan Alhamdullillah hari ini blogger tersebut telah menarik balik post beliau dan keadaan menjadi reda semula.

Jebat tak mahu mention siapa blogger tersebut walaupun rasanya semua tahu siapa orang yang dimaksudkan dan jebat juga tak mahu membalas kenyataan beliau itu kerana jebat tahu ramai lagi pengamal-pengamal media baru di Melaka yang hebat-hebat telah bersedia untuk menangkis serangan sebegini. Kita dapat lihat Jiwa Paradox, Wan Motor, Team PMM, MyKMU dan UMB telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Apa yang hendak jebat kongsikan disini ialah jebat amat terharu dengan semangat mereka-mereka ini walaupun dari berlainan kumpulan seperti PMM, Nadi Rakyat, MyKMU, UMB dan banyak lagi telah bersatu untuk mempertahankan general perang kita. Kita berkata dalam satu suara, bertindak dalam 1 kumpulan dan akhirnya kita hasil hasilnya kita telah berjaya!! Tahniah jebat ucapkan!! Inilah semangat yang begitu DAR perlukan dari kita semua apatah lagi dengan hampirnya masa untuk Perhimpunan Agong UMNO yang mana akan ada pemilihan, kekuatan pasukan kita amat penting dalam membantu Calon-Calon UMNO dari Negeri Melaka ini.

Kita sedia maklum dengan pemilihan UMNO yang semakin hampir, akan ada banyak lagi serangan-serangan yang akan dilakukan oleh puak-puak pembangkang yang mahu sangat melihat Parti Keramat Bangsa Melayu ini berpecah-belah dan seterusnya runtuh. Dan kita juga tak boleh leka dan alpa dari serangan "orang-orang kita" sendiri yang sedang cuba mengintai serta mencari peluang demi kepentingan diri mereka sendiri. Janganlah kita menjadi "api dalam sekam" menjadi "duri dalam daging" atau menjadi "gunting dalam lipatan" kepada UMNO Melaka. Marilah kita terus beristiqamah dan bersatu dalam 1 barisan, berjuang dengan 1 suara, bekerjasama dengan jitu dan jangan kita lupa untuk memohon keberkatan Allah SWT agar perjuangan kita untuk agama, bangsa dan Negeri Melaka ini mendapat keredhaanNYa. Allahuakbar!!


Salam Perjuangan,
Jebat

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top