Saturday, 4 May 2013

UNDILAH BARISAN NASIONAL!!


Saya dengan rendah hati menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia serta mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 esok 5/5/2013. Saya berpendapat tiada parti yang lebih layak untuk memacu kerajaan Malaysia melainkan Barisan Nasional kerana dasar-dasar yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak akan menjamin kehidupan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia pada masa yang akan datang serta track record 55 tahun Barisan Nasional yang telah banyak membantu rakyat serta memakmurkan negara. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional In Shaa Allah tiada rakyat yang akan terpinggir, ini adalah kerana BN selama ini memperjuangkan nasib rakyat yang berbilang kaum dan tidak seperti parti pembangkang yang hanya memperjuangkan individu yang hanya "kemaruk" untuk ke Putrajaya yang dulu kononnya mahu "dilelong" setelah mereka berkuasa.

Saya sekali lagi memohon kepada semua saudara, rakan, handai dan taulan untuk membuat keputusan yang bijak demi masa depan kita dan generasi yang akan datang. Terima Kasih kerana menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang sayangkan negara esok!!

Salam Sayang.....
laksamanajebat

video




No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top