Sunday, 23 June 2013

Penutupan Semua Sekolah DI Negeri Melaka Akibat Peningkatan Bacaan IPU Jerebu

 
Memandangkan bacaan IPU yang semakin merbahaya, YAB Ketua Menteri telah mengumumkan pada sebelah pagi tadi (23/6/2013) yang semua Tadika, Taska dan juga Pra Sekolah ditutup.Dan menjelang jam 11 Pagi,  bacaan IPU  jerebu telah mencecah 415 di bandar Melaka dan 428 di Bukit Rambai membuatkan YAB Ketua Menteri sekali lagi mengarahkan agar semua sekolah di Negeri Melaka ditutup esok (24/06/2013). YAB Ketua Menteri juga menasihatkan agar pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati berikutan had penglihatan tidak sampai 1.5 km yang memungkinkan boleh berlakunya kemalangan jalan raya.
 
Mengulas pengumuman itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi,  YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin  menjelaskan yang bacaan ipu yang semakin meningkat membuatkan YAB Ketua Menteri mengarahkankan agar semua sekolah ditutup. Beliau juga percaya yang esok (24/06/2013), kerajaan negeri akan memaklumkan lagi keadaan terkini keadaan jerebu di negeri ini. "Saya ingin menasihatkan agar para pelajar terutamanya orang ramai supaya di dalam keadaan jerebu yang membimbangkan ini, kurangkan berada dikawasan terbuka dan mengelakkan dari aktiviti diluar bangunan. Kita sama-sama berdoa agar masalah jerebu ini tidak berpanjangan dan tempoh penutupan semua sekolah ini tidak lama kerana musim peperiksaan telah hampir tiba". Ujar beliau.

Kerajaan Negeri juga katanya telah mengedarkan sejumlah 25,000 keping topeng penutup hidung dan mulut kepada semua pelajar dan murid sekolah pada hari khamis (20/06/2013) dan jumlah itu telah ditambah 25,000 keping lagi dan juga telah diedarkan kepada semua pelajar dan murid pada hari jumaat (21/06/2013). Md Yunos juga menjelaskan sekiranya jumlah 50,000 keping topeng itu tidak mencukupi, Kerajaan Negeri bersedia untuk menambahnya lagi. Langkah ini semata-mata untuk mengurangkan risiko kepada para pelajar dan murid-murid ini, ujar beliau lagi.

Ketika ditanya adakah penutupan sekolah ini melibatkan seluruh sekolah di Negeri Melaka, beliau mengiyakan dan menjelaskan yang kerajaan negeri tidak mahu mengambil risiko sekiranya sekolah yang kurang jerebu ini tidak ditutup dan dbuka seperti biasa, kemungkinan bacaan ipu jerebu ini akan meningkat secara tiba-tiba dan kerajaan negeri tidak mahu dipersalahkan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini nanti.

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top