Monday, 23 September 2013

Bila Lokman Adam Bersumpah... Kenapa Perlu Fitnah? Berkempenlah Dengan Cara Sihat, Inikan Pertandingan Adik-Beradik??




Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sememangnya jebat sudah menjangkakan yang akan ada serangan-serangan orang-orang tertentu kepada calon-calon yang tidak mereka sukai. Lebih-lebih lagi bila melihatkan yang peluang calon itu untuk menang sangat cerah dan calon pilihan mereka pula agak ketinggalan. 

Ini adalah perkara biasa dalam pertandingan parti namun apa yang jebat kesalkan ialah mereka ini lebih berminat untuk menyerang peribadi lawan dari menguar-uarkan kelebihan serta kekuatan calon-calon pilihan mereka. Ini sebenarnya menjadikan calon-calon yang mereka bawa akan terus ketinggalan kerana pada zaman sekarang, perwakilan-perwakilan yang ada lebih matang dan tahu untuk membuat keputusan demi kebaikan parti.

Oleh yang demikian jebat menyeru kepada mereka-mereka ini agar lebih matang dan jangan serang peribadi calon lain sebaliknya gunakan ruang yang ada untuk terus mempopularkan kelebihan, kekuatan, visi dan misi calon-calon yang mereka bawa. Ingat!! Perwakilan sekarang bukan sepertu perwakilan yang dulu!! Jagan kita silap strategi kelak memakan diri!!

In Sya Allah, MelakaInsider bersedia mengenengahkan calon-calon yang bertanding sekiranya mereka memerlukan bantuan dari MelakaInsider kerana kami di MelakaInsider memegang prinsip "dalam demokrasi, sesiapa sahaja layak diberi peluang".

Untuk memberi ruang kepada Calon No 02, Naib Ketua Pergerakan UMNO Sdr. Lokman Noor Adam, MelakaInsider kongsikan link video penafian beliau:



#Lokman4NKPUM

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top