Sunday, 1 September 2013

Jom Kenali Calon-Calon Dari Negeri Melaka Part I

Assalamualaikum WBT....

Rasanya masih belum terlambat untuk jebat ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blok Melaka Insider ini. Jutaan terima kasih jebat ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi membaca semua entry yang jebat sediakan didalam blog Melaka Insider ini.

Entry kali ini jebat nak perkenalkan calon-calon yang akan bertanding di peringkat pusat pada Persidangan UMNO yang akan datang, Jebat mulakan dengan Calon Exco Pergerakan Puteri UMNO iaitu Cik Haryati Hamdzah. Beliau juga merupakan bos jebat so kenelah perkenalkan beliau dulu sebelum calon-calon lain... hehehehehe....

Jom kenali Cik Haryaty binti Hamdzah

 

- Berasal dari Melaka. Anak ke 6 daripada 7 orang adik beradik. Lahir pada 26 Mei 1979. Suka membaca dan melancong. Seorang yang peramah, aktif & kreatif.
 

Pencapaian dalam politik: 

Menjawat Ketua Puteri UMNO Bhgn Kota Melaka sejak 2002 , 
Ketua Penerangan Puteri UMNO Melaka sejak 2004 hingga kini.


Bergiat aktif dalam belia sejak remaja. Pencapaian dalam belia diperingkat nasional & negeri: 8tahun (sejak 2005). Jawatan yang disandang kini: Exco Majlis Belia Malaysia & Naib Presiden MAYC Kebangsaan. Manakala di Peringkat Negeri sebagai Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka & AJK MAYC Melaka. Pernah menerima Anugerah Perdana Belia Negara & Negeri (Kategori Wanita) 2012. 

- Persatuan Bukan Kerajaan (selain belia) yang dianggotai: Lembaga Kemajuan Perempuan Islam (LKPI) Melaka & Persatuan Reproduktif Melaka.

Kerjaya :


- Pernah berkhidmat di Universiti Multimedia, Yayasan Penggerak Wawasan, GABEM dan  Kementerian Dalam Negeri. 

- Kini, beliau merupakan Pengurus Besar Pemasaran Melaka Sdn. Bhd. (PMSB) . Pemasaran Melaka Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) yang mana syarikat ini berperanan untuk memasarkan produk-produk usahawan IKS tempatan ke seluruh negara. Di bawah program "Satu Daerah Satu Industri", PMSB dibawah pentadbiran Cik Haryaty telah berjaya membantu ramai pengusaha dan telah dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Jawatan Dalam Parti :

1. Ketua Penerangan Puteri UMNO Melaka
2. Ketua Puteri UMNO Bhgn Kota Melaka
3. Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP) Puteri UMNO Melaka.

Jawatan Dalam Persatuan Belia:

1. Exco Majlis Belia Malaysia
2. Naib Presiden MAYC Kebangsaan.
3. Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka.
4. AJK MAYC Negeri
5. Naib Pengerusi II : MAYC Kawasan Kota Melaka

Jawatan NGO: 

1. AJK Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Melaka
2. AJK Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Melaka (LKPI).
3. AJK Persatuan Reproduktif Melaka. 




#Penafian

MelakaInsider hanya memperkenalkan calon-calon yang bertanding, terpulang kepada para perwakilan yang bersidang untuk memilih calon-calon yang sesuai bagi setiap jawatan yang ditandingi.


Terima Kasih

-laksamanajebat-

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top