Thursday, 19 September 2013

Kenali Calon Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia #Azlieza4PTetapPU3UM

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun. Semoga semua pengunjung Melaka Insider berada di dalam lindungan rahmat Allah SWT hendaknya.

Petang ini jebat ingin memperkenalkan calon Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia iaitu penyandangnya yang akan mempertahankan jawatan iaitu Puan Azlieza Azizan. Ketua Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu, Melaka ini memang sudah dikenali dikalangan semua perwakilan Puteri UMNO di seluruh Malaysia.

 
Berjawatan sebagai Pengarah, Bahagian Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Negeri Melaka, Alieza yang juga dikenali sebagai "Along" oleh rakan-rakan telah memberikan khidmat yang terbaik kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu dan juga kepada Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka.

Begitu juga di peringkat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, along memang dikenali sebagai Pengerusi Tetap yang tenang dan bijak dalam mengendalikan perjalanan mesyuarat dan juga persidangan.

Jebat juga percaya yang along akan mudah bekerjasama dengan YB Mas Ermieyati dan juga kepimpinan Puteri UMNO Malaysia yang lain. Kerjasama yang baik antara along dengan YB Emy seperti yang ditunjukkan di Kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka pastinya akan memudahkan kedua calon ini bekerja dan berkhidmat untuk kepentingan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia nanti.


Jebat dengan rendah hati memohon agar semua perwakilan Puteri UMNO seluruh negara memberikan sokongan dan undi 100% untuk along kerana jebat yakin yang Puan Azlieza Azizan akan memberikan khidmat yang terbaik demi masa depan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

#Azlieza4PTetapPU3UM

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top