Friday, 6 September 2013

Tarik Diri Untuk Membantu Calon Ketua Puteri - Salute to Haryaty Hamdzah

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia


Ketua Penerangan Puteri UMNO Melaka yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka, Haryaty Hamdzah hari ini telah mengesahkan kepada Melaka Insider yang beliau tidak akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agong UMNO yang akan datang.

Beliau menjelaskan yang beliau ingin menumpukan sepenuh masa untuk membantu Calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia iaitu YB Puan Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah untuk memenangi jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Pada hemat jebat, tindakan Haryaty Hamdzah ini adalah satu tindakan yang murni demi untuk kemenangan Calon Ketua Puteri UMNO ini. Ianya harus menjadi satu contoh buat semua ahli UMNO untuk mendahulukan permuafakatan, kerjasama ahli dalam parti melebihi kepentingan peribadi. Untuk rekod, seorang lagi calon Puteri UMNO dari Melaka ialah Puan Azlieza Azizan yang mempertahankan jawatan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu, Melaka.

Apa-apapun jebat doakan yang terbaik untuk Haryaty Hamdzah, semoga pengorbanan beliau ini mendapat rahmat Allah SWT dan semoga beliau terus kuat semangat dan terus dedikasi dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara melalui parti UMNO yang kita cintai ini.

Jebat - Tabik Spring Bos!!

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top