Friday, 13 September 2013

Terbaik!! Puteri Menyusur Akar!! #Emy4KP3


Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun... Alhamdullilah di hari jumaat penghulu segala hari ini kita masih diberi peluang dan rahmat Allah SWT untuk terus bernafas dibumi yang penuh barokah ini.

Hari ini, dalam kesibukan tugas dan juga berkempen untuk Jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Puan Mas Ermieyati sempat untuk meluangkan masa melakukan lawatan menemui rakyat di kawasan sekitar Pulau Sebang, Alor Gajah.

YB Emy yang ditemani oleh beberapa pemimpin dan ahli Puteri UMNO Negeri Melaka memulakan lawatan dengan melawat adik Adam Noramsar Syahrizal di Taman Sebang Gemilang. Adik Adam yang telah kehilangan ibu dan bapanya akibat kemalangan akan menziarahi pusara ibunya setiap hari tanpa gagal bagi melepaskan rindunya. Cerita mengenai adik Adam ini telah mendapat liputan meluas media di seluruh negara.





Dalam pertemuan tersebut, YB Emy sempat memberikan kata-kata semangat kepada adik Adam dan memberikan sedikit sumbangan peribadi. Kehadiran YB Emy telah sedikit sebanyak menceriakan adik Adam dan keluarganya.

YB Emy kemudianya meneruskan lawatan menziarahi 4 orang adik beradik yang telah ditinggalkan ibu mereka 2 minggu sebelum menyambut hari raya aidilfitri sehingga sekarang, 4 beradik ini kini tinggal bersama-sama ayah mereka yang bekerja sebagai pemandu lori. Salah seorang dari adik beradik tersebut yang merupakan anak sulung mengalami kecacatan dan tidak mampu untuk berjalan. 


Lebih malang lagi, 3 adik beradik yang lain sering tidak bersekolah kerana ayah mereka yang sibuk dan bekerja tidak tentu masa sukat untuk menguruskan keluarga dengan teratur. salah seorang dari adik beradik mereka ini merupakan murid yang cerdik di sekolahnya.



Simpati dengan masalah keluarga tersebut, YB Emy telah menghubungi ADUN kawasan terbabit untuk memohon bantuan kepada adik-beradik ini. YB Emy turut memohon agar di usahakan untuk menempatkan adik-beradik di sekolah berasrama bagi menjamin masa depan mereka. YB Emy banyak memberikan kata-kata semangat dan peransang kepada 4 beradik ini. Dan sebelum beredar, YB Emy telah menghulurkan sumbangan peribadi kepada mereka.

Lawatan yang ketiga YB Emy telah menziarahi remaja yang mengalami kecacatan kaki. Anak sulung dari 3 beradik ini mengalami masalah kaki yang kecil dan masalah pendengaran.


 YB Emy yang simpati dengan masalah remaja ini telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepadanya. Sekali lagi sebelum beredar, YB Emy menyerahkan sumbangan peribadinya kepada remaja tersebut.

Pada Lawatan terakhir untuk hari ini, YB Emy dan rakan-rakan kepimpinan serta ahli Puteri UMNO Negeri Melaka telah melawat sebuah keluarga yang menghidapi penyakit HIV Positif  (AIDS)


Ibu malang ini telah dijangkiti AIDS berpunca dari Allahyarham suami beliau yang juga merupakan penagih dadah semasa hidup. dan lebih malang apabila anaknya yang bungsu juga telah disahkan menghidapi AIDS kerana semasa bayi mengisap susu badan dari ibunya. 

YB Emy yang simpati dengan nasib 2 beranak tersebut memberikan kata-kata peransang dan dorongan kepada mereka. YB Emy turut memberi sumbangan peribadi kepada keluarga malang ini dan berjanji akan membantu mereka sedaya yang boleh.

Inilah pemimpin yang kita cari-cari, dalam kesibukan masa dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, Ketua Puteri UMNO Negeri dan juga tak lupa tanggungjawab sebagai isteri, serta kesibukan untuk berkempen sebagai calon Ketua Pergerakan Puteriu UMNO Malaysia, YB Emy masih boleh meluangkan masa untuk menemui sendiri rakyat bagi merasai penderitaan, kesusahan dan kepayahan yang di alami oleh rakyat. Inilah yang dikatakan "Pemimpin Menyusur Akar" Pemimpin yang selalu turun ke bawah menziarahi rakyat.

Pada jebat, perwakilan Puteri UMNO WAJIB memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan undi kepada YB Emy. Jebat akan selalu dan sentiasa mendoakan agar YB Emy diberikan kesihatan yang baik, kekuatan mental dan fizikal oleh Allah SWT untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan berjaya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Semoga Berjaya YB Puan Mas Ermieyati Binti Samsudin!!

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top