Friday, 11 October 2013

Berilah Peluang Kepada #SafAkarUmbi Barisan Hadapan PRU 14 P137 Bukit Katil

Assalamualaikum WBT, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.

Esok, 12 Oktober 2013 para perwakilan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO akan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti untuk bersidang dan seterusnya memilih barisan kepimpinan baru untuk kedua-dua sayap parti "Keramat Melayu" iaitu Parti UMNO.

Jebat ingin menarik perhatian para pembaca terutama para perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil untuk memberi peluang dan undi kepada satu kumpulan / set anak muda yang meggelarkan diri mereka sebagai #SafAkarUmbi.


#SafAkarUmbi ini yang diketuai oleh Sdr. Rohazam Bakar dan dibantu oleh Sdr. Mohd Hairul serta barisan calon ahli jawatankuasa yang MelakaInsider lihat amat berwibawa dalam membawa cabaran dan tanggunggajwab sebagai barisan hadapan pemuda untuk menghadapi PRU 14 tidak lama lagi. 

Sdr. Rohazam menegaskan yang perjuangan yang dibawa oleh #SafAkarUmbi ialah untuk menyemai dan memperkukuhkan "Jati Diri Melayu" kedalam jiwa anak bangsa bagi melahirkan generasi yang memperjuangkan "Agama, Bangsa & Negara". "Tiada makna lagi kita perjuangkan agenda-agenda melayu yang dilaungkan saban tahun, jika kita tidak perkukuh asas jati diri melayu di dalam jiwa kita serta semua anak-anak muda" tegas beliau lagi.


Sementara itu, Calon Naib Ketua Pemuda Bahagian Bukit Katil, Sdr. Mohd Hairul menegaskan beliau turut menyokong gagasan #SafAkarUmbi kerana beliau amat bersetuju dan berpendirian yang sama dengan Sdr. Rohazam. Oleh yang demikian  beliau menawarkan diri untuk bertanding Jawatan Naib Ketua Pemuda dan berada di dalam barisan #SafAkarUmbi bersama-sama calon-calon Ahli Jawatankuasa yang lain bagi membantu Sdr. Rohazam bagi merialisasikan agenda perjuangan #SafAkarUmbi.


Jebat merasakan mereka ini wajib diberikan peluang dan ruang oleh semua perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil. Ini penting kerana pada hemat jebat, agenda perjuangan mereka amat tepat lebih-lebih lagi Bukit Katil telah "ditawan" pembangkang pada PRU 13 yang lalu. Dengan memantapkan jati diri dalam jiwa setiap anak melayu, barulah kita boleh bergerak ke fasa seterusnya bagi memastikan P137 Bukit Katil kembali ke tangan UMNO.

Jebat sekali lagi berharap dan memohon agar para perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil agar memberi undi kepada #SafAkarUmbi untuk mereka terus berjuang demi perjuangan "Alif, Ba, Ta."

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top