Header Ads

"Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi" YB Datuk Wira Hj. Md. Yunos Husin Pertahan Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun. Bahang pemilihan UMNO semakin terasa, tinggal beberapa hari lagi sebelum perwakilan UMNO seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab untuk menentukan barisan kepimpinan parti di peringkat bahagian dan juga di peringkat pusat. Suasana kempen terus hangat dengan pelbagai cara kempen yang ditunjukkan oleh semua calon bagi memenangi hati para perwakilan.


Salah seorang calon yang MelakaInsider temui ialah YB Datuk Wira Hj. Md. Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Molek  merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian  Bukit Katil yang bertanding bagi mengekalkan jawatan yang beliau sandang sekarang.

YB Datuk Wira ketika ditemui menyatakan dengan rendah diri ingin merayu kepada perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil untuk terus memberi sokongan kepada beliau bagi mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil. Beliau percaya dengan adanya kedudukan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil seperti sekarang akan dapat membantu Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil iaitu YB Senator Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk terus memperkasakan UMNO Bahagian Bukit Katil.

Beliau turut ingin bersama dengan seluruh jentera parti UMNO Bahagian Bukit Katil untuk menebus kembali maruah dan kekalahan UMNO - BN di DUN Bukit Baru dan juga Parlimen Bukit Katil  pada PRU yang lepas serta membantu DUN Bachang dan DUN Ayer Keroh bagi mengembalikan semula kepada Barisan Nasional.

YB Datuk Wira menjelaskan yang tugas ini amat berat memandangkan kita cuma mempunyai empat (4) tahun sahaja untuk menghadapi PRU ke 14. Jesteru itu beliau mahu UMNO Bahagian Bukit Katil lebih bersedia dan mesti mengukuh serta memperkasakan parti sebelum menjelangnya PRU ke 14. Beliau percaya dengan pengalaman-pengalaman yang beliau ada selama lebih 34 tahun  di dalam parti dan kerajaan termasuklah  pengalaman mengetuai lima (5) portfolio seperti Portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa, Portfolio Kerjaraya dan Kemudahan Awam, Portfolio Perindustrian, Perladangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi,  Portfolio Pembangunan Kerajaan Tempatan dan kini Portfolio Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi memberi runag kepada beliau untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada parti dan kerajaan.

Beliau akhirnya sekali lagi dengan rendah diri merayu kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil untuk terus memberi sokongan dengan mengundi beliau Calon no. 01 untuk Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

MelakaInsider juga dengan rendah hati memohon para perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil supaya mengundi YB Datuk Wira memandangkan dengan segala pengalaman yang beliau ada, dengan segala usaha dan pengorbanan beliau untuk parti dan kerajaan dan juga dengan segala usaha penat lelah YB Datuk Wira selama ini yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa taat dan setia kepada parti UMNO yang sangat kita sayangi ini.

#MdYunus4TKUBktKatil
#Vote4MdYunusCalon01

No comments

Powered by Blogger.