Thursday, 17 October 2013

Ketua Bahagian Di Serang Hebat... Cara Politik Zaman Sekarang

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun. Setelah membantu calon-calon dari bahagian-bahagian dan negeri-negeri lain, kali ini jebat kembali kepada UMNO Bahagian Alor Gajah tempat bertapaknya jebat dalam politik. Jebat ingin memberi sedikit pandangan kepada semua ahli UMNO termasuklah Sayap Wanita, Pemuda dan juga Puteri tidak kira sama ada perwakilan atau tidak.


Suasana kempen pemilihan saf kepimpinan UMNO di Bahagian Alor Gajah dilihat hebat dan penuh dengan pelbagai cerita. Antara cerita yang amat sensasi yang menjadi bualan di kedai-kedai kopi, restoren-restoren serta menjadi bahan kempen calon-calon tertentu adalah tentang pemecatan dua orang pemegang jawatan "Lantikan" di dalam Jawatakuasa Tertinggi UMNO Bahagian Alor Gajah oleh YB Datuk Wira Abd. Ghafaar Atan. Cerita ini juga menjadi mainan para pengamal media sosial yang mendapat liputan luas seluruh dunia!! Hebat orang Alor Gajah!!

Jebat bukanlah ingin mengampu YB Datuk Wira Abd. Ghafaar Atan namun atas kesedaran sebagai ahli yang taat kepada ketuanya jebat ingin berikan sedikit pandangan dan jebat bukannya bukannya cendiakawan atau bijak pandai dalam nak mengajar "otai-otai" politik ini cara untuk berpolitik namun jebat ingin berkongsi  sedikit pandangan dan harapan jebat agar semua orang boleh menerima pandangan ini dengan hati yang terbuka. Dan In Sya Allah jebat juga terbuka untuk menerima nasihat dan kritikan dari semua orang.

Jebat merasakan yang YB Datuk Wira mempunyai sebab yang tersendiri untuk berbuat demikian, tambahan pula tindakan beliau itu tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang parti. Dalam menghadapi pemilihan parti yang akan datang ini, mungkin tindakan ini yang terbaik yang boleh beliau lakukan demi untuk menyediakan saf kepimpinan baru yang mana mungkin dirasakan yang terbaik dan boleh bekerjasama dengan beliau dalam memimpin UMNO Bahagian Alor Gajah. Oleh sebab itu jebat merasakan yang kita perlu menerima qada dan qadar Allah kerana ini semua adalah takdir Allah SWT dan kita perlu menerima dengan redha. Jebat mempunyai bebrapa sebab untuk tidak bersetuju dengan isu yang di mainkan sekarang.

Yang pertamanya jebat berpegang pada ayat Al-Quran yang menyuruh kita supaya "taat" kepada pemimpin selagi mereka tidak menyuruh kita melalukan kemungkaran/maksiat. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu". (al-Nisaa' (4): 59). Rasullullah SAW juga bersabda "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat". - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari.) Ini menunjukkan yang kita perlu mentaati pemimpin kerana jebat belum pernah lihat atau dengar yang Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan (DWAGA) menyuruh kita melakukan kemungkaran. Malah beliau sendiri telah menganjurkan banyak majlis-majlis keagamaan dan juga kebajikan untuk rakyat di Bahagian Alor Gajah.

Yang keduanya bukannya kita tidak boleh menegur pemimpin kita tapi seperti yang jebat ulas tadi kita perlu balik kepada ajaran agama kita, Islam tidak mengajar umatnya menegur pemimpin dengan cara terbuka atau di atas pentas-pentas, dengan kata-kata berbentuk cacian dan menghina atau dengan niat ingin menanamkan perasaan benci masyarakat kepada pemimpin tersebut. Rasuulullah juga tidak menggalakkan perkara sebegini dan Baginda bersabda "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat tersebut) maka itulah yang diharap-harapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat tersebut) telah melaksanakan tanggungjawabnya". - (Hadis riwayat Imam Ahmad.) Kita perlu ingat yang pemimpin kita itu hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan. Namun sekiranya pemimpin kita membuat kesalahan kita tidak dibenarkan mencelanya secara terbuka dan hendklah menasihatinya dengan cara yang penuh hikmah sesuai dengan Hadis Nabi seperti di atas.

Menerusi prinsip itu bukan bermakna kita hanya membisu apabila kemaksiatan atau kezaliman seperti rasuah, korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan alasan ia berpunca daripada pihak pemimpin. Kemaksiatan serta kezaliman tersebut tetap perlu diingkari. Maka diperjelaskan secara umum kepada masyarakat bahawa perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan syarak dan terlarang. Hanya pengingkaran terhadap kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin itu tetap perlu mengikut tatacara yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana telah diperjelaskan. Rasulullah SAW menerusi bimbingan wahyu Ilahi telah meramalkan bahawa pada masa mendatang akan wujud pemimpin yang mentadbir dengan tidak mengikuti ajaran-ajaran baginda namun baginda tetap menyuruh umat Islam untuk taat kepada pemimpin tersebut selagi dia adalah seorang Muslim dan tidak wujud tanda-tanda yang jelas bahawa dia telah kafir.

Rasulullah SAW bersabda: "Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Para sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (sahaja) dengan pedang? Baginda menjawab: "Jangan, selama mana mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian". - (Hadis riwayat Imam Muslim).

Pada pandangan jebat, dalam melalui pertandingan adik-beradik ini, tidak perlulah kita menjadi orang yang memecah-belahkan tali persaudaraan kita sesama islam. Jebat penuh percaya yang Tuan Haji Norman yang lebih tinggi ilmu agama dan politiknya berbanding jebat serta Saudara Zambry Majid sahabat yang jebat hormati amat matang dan dapat menerima keputusan DWAGA ini dengan hati yang terbuka. Ini akan menjadikan mereka lebih tabah dan lali dengan asam garam pahit manis dunia politik. Cuma kepada mereka yang mengambil kesempatan memperbesarkan isu ini jebat harap hentikanlah. Allah SWT berfirman "Berpegang Teguhla Kamu Sekalian Kepada Tali (Agama) Allah SWT, Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah Dan Ingatlah Akan Nikmat Allah SWT Ke Atas Kamu Ketika Kamu Sedang Bermusuhan Lalu DiSatukan Hatimu Sehingga Kamu Menjadi Saudara Dengan NikmatNya" - (Ali Imran : 103) Rasullullah SAW juga bersabda "Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu, maka bunuhla ia" - (Hadis riwayat Muslim)

Ingatlah rakan-rakan perjuangan kita sebenarnya adalah memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Ianya bukan perjuangan indivdu. Jebat masih berpegang pada kata-kata DWAGA "Kita Berpolitik Bukan Untuk Kepentingan Peribadi, Kita Berpolitik Untuk Menang Pilihanraya". Kata-kata DWAGA itu penuh makna dan jebat berharap selepas 19 Oktober ini, marilah kita bersatu semula. Kita rapatkan saf semula demi untuk perjuangan "Alif Ba Ta"

Sekadar pandangan dari ahli akar umbi..... Wallahualam



No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top