Wednesday, 30 October 2013

Khas Untuk KP Bukit Katil dan KPU3 Alor Gajah.... Tahniah!!

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun.


Dalam kesibukan suasana kempen di  PRK DUN Sungai Limau, jebat terlupa tentang salah seorang sahabat jebat yang telah berjaya dipilih oleh perwakilan pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Melaka sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian  iaitu Saudara Rohazam Bakar. Biarlah jebat terangkan sikit apa visi dan misi beliau setelah berjaya memenangi pertandingan sengit 3 penjuru Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
 
Beliau yang ditemui mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berterimah kasih kepada seluruh perwakilan pemuda Bahagian Bukit Katil yang telah memilih beliau. " Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilih saya dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan kerana berjaya menunaikan tanggungjawab dan berjaya melaksanakan kaedah baru pemilihan ini dengan jayanya" Ujar beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan yang beliau akan merapatkan semula saf Pemuda UMNO Bukit Katil sebelum menyusun gerak kerja untuk berjuang dalam merampas semula Parlimen Bukit Katil serta DUN Bukit Baru dari tangan pembangkang pada PRU yang akan datang. Beliau juga tidak melupakan perjuangan #SafAkarUmbi yang mahu menyemai "Semangat Jati Diri Melayu Di Dalam Jiwa Seluruh Anak Muda".


Kemenangan beliau bertambah manis apabila "Isteri Tercinta" beliau Puan Azniza Ahmad Khuzairi turut memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah. Pasangan ini turut beroleh satu lagi berita yang amat menggembirakan apabila selepas Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO itu, Azniza telah disahkan hamil anak ketiga mereka.

Jebat - Tahniah bro, Tahniah Niza..... Terbaekkk... pandai korang rancang yeee..... 

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top