Wednesday, 2 October 2013

Melestari Tranformasi Idealisma Melayu - #V402MZ #PemudaUMNOBukitKatil



Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam dan semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

Alhamdullillah, blog MelakaInsider terus mendapat perhatian dan ramai calon-calon yang telah menghubungi MelakaInsider untuk meminta di"highlight"kan atau di"kempen"kan. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan dari pihak MelakaInsider, In Sya Allah kami akan terus memegang prinsip amalan demokrasi yang mana setiap orang berhak diberikan peluang untuk memperkenalkan atau menonjolkan diri. Dan sehingga kini MelakaInsider belum pernah menolak untuk mewancara mana-mana calon sekalipun baik dari Negeri Melaka ataupun dari negeri-negeri lain dari seluruh negara.


Hari ini MelakaInsider ingin memperkenalkan calon Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil iaitu saudara Mohamed Naziri bin Mohamad Saat, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Mas Merah. Berusia 36 tahun dan telah berkahwin, Mohamed Naziri yang lebih mesra dipanggil "Naz" ini merupakan seorang Usahawan Melayu yang berjaya dan beliau aktif di dalam bidang politik serta kerja-kerja kemasyarakatan.

Beliau menwarkan diri untuk bertanding sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil semata-mata untuk meneruskan agenda memperjuangkan nasib orang melayu yang mana pada beliau perpecahan orang melayu sekarang sudah semakin teruk terutama dikalangan generasi muda. Dan salah satu agenda yang beliau ingin perjuangkan sekiranya beliau dipilih oleh perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil ialah memperkasakan ekonomi orang melayu terutamanya golongan muda.

Beliau menjelaskan yang ramai dikalangan orang muda melayu terutama di Bahagian Bukit Katil yang mempunyai pendapatan yang kurang baik dan kehidupan yang kurang selesa. Ini menjadikan ramai golongan muda ini akan menunding jari kepada pemimpin dan juga kerajaan tanpa berfikir panjang. Ini juga menjadikan golongan muda ini kurang berminat dan juga tidak akan menyokong kerajaan lagi.

Ketika ditanya apakah perancangan beliau bagi menangani masalah ini,  beliau menjelaskan yang sekiranya beliau dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, perkara pertama yang ingin beliau lakukan ialah mengumpulkan semua pemuda atau belia yang berumur 16 - 18 tahun untuk dihantar berkursus bersama Biro Tata Negara bagi mengembalikan semula semangat jatidiri mereka. Beliau berpendapat yang belia di bawah golongan umur ini adalah prospek terbaik yang akan menentukan kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.

Beliau juga akan berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti TEKUN NASIONAL, PUNB  dan lain-lain untuk menganjurkan kursus-kursus atau latihan-latihan keushawanan bagi mendedahkan kepada golongan ini tentang peluang-peluang dan saluran-saluran yang ada yang boleh digunakan oleh mereka. Ini bertujuan untuk menggalakkan mereka untuk berniaga sendiri dan mempertingkatkan ekonomi mereka dan keluarga. Beliau juga bersedia untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan yang beliau kecapi sekarang serta memberi tunjuk ajar tentang selok belok perniagaan. Beliau juga amat memberi pendedahan kepada golongan muda ini tetang betapa pentingnya UMNO dalam memperkasakan Agama Islam, Bangsa Melayu dan juga Tanah Air tercinta.

Akhirnya beliau sekali lagi memohon agar semua perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil memberi peluang, ruang dan undi kepada beliau untuk beliau berusaha merialisasikan Agenda Perjuangan yang beliau inginkan ini.

MelakaInsider menyokong penuh agenda beliau dan berharap agar semua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dapat membuat penialaian dan pilihan yang sewajarnya untuk kesinambungan perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air.
 

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top