Thursday, 10 October 2013

Sudah Terbukti!! Kesungguhan, Komitmen Yang Tinggi Menunjukkan Segala-Galanya #Emy4KPUM

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun!!

Ketika sibuk membantu calon-calon yang akan bertanding nanti, jebat masih berkesempatan untuk meluangkan masa membaca blog-blog yang sentiasa jebat ikuti perkembangannya. Dalam banyak-banyak entry yang jebat baca hari ini, entry dari blog RBF Online amat menarik hati jebat untuk jebat ulas disini.


RBF mengajak kita untuk berfikir alangkah eloknya sekiranya jawatan Ketua Puteri UMNO tidak dipertandingkan dan kedua-dua calon ini digandingkan. Jebat secara ikhlas tidak bersetuju dengan pendapat RBF kerana sudah tentu kedua-dua calon ini mempunyai misi dan visi yang berbeza walaupun pada akhirnya matlamatnya hanyalah satu iaitu untuk perjuangan Pergerakan Puteri UMNO namun sudah pasti pendekatan mereka sangat berbeza. Ini akan menyukarkan mereka untuk bekerjasama di dalam satu pasukan. 

Sekiranya mereka mempunyai visi dan misi serta cara pendekatan yang sama mana mungkin mereka akan sama-sama menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri? Jebat pasti mereka akan duduk berbincang bersama dan akan memberi laluan kepada siapa sahaja yang mereka fikirkan layak untuk memegang jawatan tersebut.


Jebat juga merasakan yang sebenarnya RBF berpendapat yang Jemi lebih layak untuk menjadi Ketua Puteri UMNO berbanding YB Emy. Salah satu perkara yang RBF nyatakan ialah YB Emy telah mendapat tempat di dalam parti dan telah dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen. Perlu jebat ingatkan kepada semua yang pengiktirafan yang diterima oleh YB Emy adalah kerana kerja keras beliau menjaga kepentingan Puteri UMNO selama ini. Pemilihan beliau sebagai Calon Ahli Parlimen ketika itu adalah kerana pengiktirafan dan kepercayaan YAB Perdana Menteri terhadap prestasi kerja beliau selama memimpin Puteri UMNO Negeri Melaka dan juga menjadi Exco No. 1 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ini kemudiannya diterjemahkan oleh rakyat Parlimen Masjid Tanah yang memberi mandat dan memilih beliau untuk menjadi Ahli Parlimen. Kejayaan beliau ini adalah satu kemenangan kepada Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka khususnya dan juga Pergerakan Puteri UMNO Malaysia secara amnya yang mana membuktikan yang suara Puteri didengari. Ianya juga menjadi satu "BONUS" kepada Pergerakan Puteri UMNO kerana YB Emy boleh "membawa secara terus" suara dan aspirasi ahli akar umbi Puteri UMNO ke peringkat tertinggi.

Jebat juga merasakan yang tidak timbul masalah masa dan komitmen YB Emy dalam menjalankan dua tugas dalam satu masa. Memang tidak dinafikan yang Jemi akan ada banyak masa untuk menumpukan perhatian dengan Pergerakan Puteri tetapi YB Emy telah membuktikan yang beliau mampu melaksanakan kedua-dua tugas tersebut dengan cemerlang. Ini adalah kerana beliau mempunyai azam yang sangat kuat sehingga kini beliau mampu menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, Exco No. 1 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka serta Isteri dan Ibu kepada 4 orang cahaya mata! Jebat percaya para pembaca boleh melihat aktiviti beliau di dalam beberapa entry jebat selama ini. Jebat juga mengalu-alukan sekiranya ada sesiapa yang ingin menemui rakyat di Parlimen Masjid Tanah untuk bertanyakan tentang perkhidmatan YB Emy dan juga mana-mana ahli Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka yang 100% memberi sokongan kepada beliau. Tambahan pula YAB Ketua Menteri telah memberi kebenaran untuk semua calon berkempen di seluruh pelusuk Negeri Melaka tanpa perlu ragu-ragu. Gunakanlah peluang ini untuk bertanya dengan penduduk Parlimen Masjid Tanah.

Jebat juga suka untuk mengambil contoh yang paling mudah untuk menunjukkan betapa YB Emy bersungguh-sungguh dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Pada jebat salah satu aktiviti yang amat penting sepanjang tempoh berkempen ini adalah "Sessi Pengenalan Calon" di seluruh negara. Sessi ini amat penting bagi menunjukkan kepada semua perwakilan siapa yang bertanding, dan YB Emy telah menunjukkan komitmennya dengan hadir ke "semua" sessi pengenalan calon sedangkan Jemy yang mempunyai "banyak" masa kurang menghadiri sessi ini. Disini sahaja telah menunjukkan bahawa siapa yang lebih menunjukkan komitmen serta kesungguhan yang tinggi, menghormati undangan dan jemputan serta mudah mesra dan boleh bertemu siapa sahaja walau dimana-mana.

Jebat ingin juga mengulas yang RBF mengatakan yang kemungkinan Jemi akan hilang sekiranya tewas kepada YB Emy dan Puteri UMNO akan kehilangan satu bakat dan tokoh yang mempunyai aura tersendiri dalam pergerakan Puteri. Pada jebat disinilah jati diri kita sebagai ahli UMNO amat diperlukan. Sekiranya kita ingin "menghilangkan diri" kerana kalah dalam bertanding, apalagi "pertandingan adik beradik' ini, maka pada jebat orang itu bukan ahli UMNO sejati yang memperjuangkan perjuangan "Alif, Ba, Ta" tapi lebih kepada perjuangan individu. Lihat sahaja 2 tokoh ini iaitu YB Datuk Shahniza yang tewas dalam Pemilihan Ketua Puteri 2008 dan juga YB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang tewas Pemilihan Ketua Pemuda UMNO 2008, adakah mereka menghilangkan diri? Sudah tentu tidak dan mereka terus berkhidmat kepada parti dan hasilnya apa yang kita lihat kini.

Banyak lagi fakta-fakta yang ingin jebat kongsikan bersama namun masa tidak mengizinkan untuk hari ini. dan satu lagi ingin  jebat tegaskan disini walaupun RBF "tidak berkempen atau melobi" sesiapa, jebat secara terbuka menyokong dan memohon sokongan serta "UNDI" untuk #Emy4KPUM #Vote4Calon01. Undilah YB Emy demi perjuangan Alif Ba Ta Pergerakan Puteri UMNO Malaysia!!







No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top