Header Ads

YBhg. Datuk Hasnoor Menawarkan Diri Untuk Bertanding Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Demi Untuk Perjuangan Melayu

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun. Semoga tika dan saat ini para pengunjung dan pembaca blog Melaka Inisider berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera bersama dengan orang-orang tersayang.

Semalam MelakaInsider sempat menemui Ybhg. Datuk Hasnoor Bin Sidang Husin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Katil yang sedang menikmati "minum tengah malam" bersama rakan-rakannya setelah penat berkempen untuk Pemilihan UMNO Bahagian Bukit Katil yang akan berlansung pada 19 hb Oktober ini. Semua telah mengetahui yang Datuk Hasnoor telah menawarkan diri untuk bertanding Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil pada kali ini. Jadi kesempatan ini Melakainsider gunakan untuk bertanya khabar tentang perkembangan YBhg. Datuk sekarang.

 
Ybhg. Datuk Hasnoor menyatakan yang tujuan beliau bertanding setelah mendapati kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil kosong apabila penyandangnya YBhg. Datuk Ashari bin Ibrahim memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil. Beliau juga mengambil kira pandangan dua pemegang jawatan protokol parti UMNO Bahagian Bukit Katil iaitu Setiausaha Ybhg. Datuk Mat Sirat dan juga Bendahari YBhg. Datuk Saat Abu yang tidak berhasrat untuk bertanding. Mereka berdua juga merasakan yang perlu ada calon yang mempunyai "Track Record" serta kredibiliti yang baik untuk memegang jawatan tersebut. Lantaran itu setelah berbincang bersama, mereka berdua menyarankan agar Datuk Hasnoor bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Selain dari itu, Datuk Hasnoor juga mengambil kira pengalaman yang beliau ada di dalam arena politik. Beliau yang dilahirkan dari "kilang Pemuda UMNO"  dimana beliau pernah menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1998 dan beliau juga telah melalui banyak pengalaman pahit manis di dalam UMNO. Beliau juga menyatakan yang beliau telah beberapa kali dilantik ke Jawatan Lantikan di Dalam UMNO Bahagian Bukit Katil dan oleh kerana ini beliau merasakan yang telah tiba masa untuk beliau "upgrade" sedikit  kedudukan beliau di dalam parti untuk membolehkan beliau terus berkhidmat kepada parti UMNO yang amat beliau kasihi.

Beliau mempunyai visi dan misi untuk memperkukuhkan parti UMNO dengan membantu YB Senator Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil bersama dengan saf kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Katil yang lain bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Beliau ingin sekali melihat agar UMNO-BN dapat mengekalkan kuasa di Parlimen Bukit Katil serta merampas kembali kerusi yang telah hilang pada pru yang lepas. Beliau juga merasakan calon yang sesuai untuk menduduki kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil mestilah calon yang mempunya track record kerjasama yang baik dengan YB Senator Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam.


Jika disingkap pengalaman Datuk Hasnoor,  beliau telah dipilih lebih dari 10 kali untuk mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka sebagai pembahas di Perhimpunan Agong UMNO, ini merupakan satu rekod yang cemerlang kerana tidak ramai yang berjaya dipilih sekerap ini. Beliau juga pernah dilantik untuk menjadi Pengarah Bilik Gerakan Barisan Nasional Negeri Melaka semasa Piliharaya Umum yang lepas. 

Beliau juga telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri sejak dari Tahun 2000 lagi dengan beberapa jawatan seperti Timbalan Pengerusi Perbadanan Air Melaka (PAM), Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), CEO Melaka International Trade Centre (MITC), Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera sehingga sekarang dan pada 2011 beliau telah diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Negeri Melaka sehingga sekarang dan Pengerusi serta CEO Melaka Bekal Sdn. Bhd. Ini membuktikan yang beliau telah mempunyai banyak pengalaman dan beliau telah menjadi semakin yakin untuk memikul tanggungjawab sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Oleh yang demikian, MelakaInsider merasakan yang tiada sebab untuk perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil untuk tidak memilih beliau sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau mempunyai semua kriteria yang diperlukan bagi menggalas jawatan tersebut bagi mencapai visi untuk memperkukuhkan parti serta merampas kembali Parlimen Bukit Katil pada PRU yang akan datang. 

MelakaInsider dengan rendah hati memohon agar semua perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil memberi peluang dan undi kepada beliau kerana beliau sememangnya seorang pejuang melayu yang tulen dan sentiasa besedia untuk berkhidmat pada parti.

Undilah !!
CALON NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL 
YBHG. DATUK HASNOOR BIN SIDANG HUSIN, 
CALON NO. 03
"JURUBICARA SUARA KERAMAT UMNO"
 

 

No comments

Powered by Blogger.