Sunday, 20 October 2013

YBhg. Datuk Hasnoor Turut Mengucapkan Penghargaan Kepada Perwakilan

Seorang lagi pemimpin yang menang bertanding di bahagian Bukit Katil pada Pemilihan UMNO semalam merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan UMNO bahagian itu.
 

YBhg. Datuk Hasnoor bin Sidang Husin merasa amat bersyukur dan gembira setelah dipilih oleh para perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil sebagai Naib Ketua UMNO yang baru. Beliau yang terharu dengan kemenangan ini menegaskan akan memikul amanah yang diberikan oleh para perwakilan dan bekerjasama dengan semua Jawatankuasa Tertinggi UMNO Bahagian Bukit Katil bagi memperkasakan parti dan seterusnya memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil yang telah  menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti dan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengundi beliau.

Jebat - Datuk Hasnoor merupakan salah seorang speaker dan pembahas yang jebat minati sejak dulu lagi

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top