Wednesday, 20 November 2013

ADUN Asahan Prihatin - Kunjungi Mangsa Kebakaran Beri Sokongan Moral Serta Sumbangan Peribadi

Assalamualaikum WBT, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun.

MelakaInsider berkesempatan untuk mengikuti ADUN Kawasan Asahan yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar Atan mengunjungi seorang mangsa kebakaran di Kampung Gapis pada hari ahad yang lepas.


Walaupun mempunyai jadual kerja yang padat, YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar Atan (DWAGA) tetap cuba untuk meluangkang masa melawat mangsa kebakaran iaitu Tn. Hj. Bazid di kediaman anaknya di Taman Permai, Nyalas.





Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Abdullah Hassan bin Kasim. Selain memberikan kata-kata semangat kepada Hj. Bazid, DWAGA juga menghulurkan sumbangan berbentuk barangan makanan, pakaian dan juga wang ringgit kepada Hj. Bazid.







 
Di akhir lawatan, DWAGA sempat bertemu dengan penduduk tempatan dan menjamu selera di salah sebuah kedai makan tempatan serta membelanja setiap penduduk yang turut manjamu selera di gerai tersebut.
 
 

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top