Tuesday, 26 November 2013

Exco Minum Ketum? ke kau yang HILANG AKAL?? Alahai Adly....

Terasa kelakar pula bila membaca posting pesuruhjaya pas negeri Melaka Hj. Adly di laman sosial beliau yang mengatakan YB Datuk Wira Hj. Ghafaar Atan sebagai exco yang minum air daun ketum berikutan kenyataan DWAGA tentang "Jumlah Penerbangan" di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dalam persidangan dewan semalam.


Lebih menarik lagi bila membaca satu-satu komen pencacai-pencacai yang lain yang ikut sama menghentam 'isu' jumlah penerbangan di LTAM ini. Sayangnya orang 'hebat' seperti adly ini begitu mudah untuk membuat kenyataan 'murahan' seperti ini sebelum menyelidik dahulu apakah benar apa yang di perkatakan oleh DWAGA semasa membahaskan budget di dalam dewan semalam.

LTAM yang diuruskan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad telah mengeluarkan satu statistik mengenai Passenggers(Jumlah Penumpang), Cargo Handled (Pengurusan Kargo) dan Aircraft Movement (Pergerakan Pesawat/Kapal Terbang) sejak dari tahun 2003 hinggalah 2012. Statistik ini telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.


Berbalik semula kepada kenyataan murahan adly tadi yang tidak percaya kepada jawapan atau hujah DWAGA di dewan, statistik menunjukkan yang tahun lepas aje sebanyak 48, 881 penerbangan direkodkan di LTAM,  kita cuba membuat kira-kira mudah seperti ini: 48, 881 / 12 bulan / 4 minggu maka dapatlah ia -+ 1,018 seminggu. Itu kalau dikira 7 hari seminggu sedangkan DWAGA mengatakan angka itu diambil dari jumlah penerbangan dari Isnin hingga Jumaat sahaja setiap minggu. Jadi kenyataan DWAGA ini tepat dan berpandukan fakta yang sah!! Kalau adly nak terus meroyan pergilah saman Malaysia Airport Holdings Berhad tuduh MAHB keluarkan fakta yang tidak benar... ADA BERANI ADLY??? hehehehe....

Satu lagi jebat nak nasihatkan Adly jangan pandang Pesawat Penumpang sahaja yang menggunakan LTAM... disinilah terserlah kebodohan piang puak-puak "Pakar Rusuhan (PR)" nie.... nak beritahu sikit selain  Syarikat SKY AVIATION INDONESIA, Tentera Udara Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan LTAM, Malaysian Flying Academy (MFA) yang merupakan satu pusat latihan profesional bidang penerbangan udara juga turut menggunakan LTAM ini dimana pelatih-pelatih mereka membuat latihan penerbangan 200 hingga 250 penerbangan sehari.

DWAGA turut menjelaskan yang perkembangan posotif LTAM telah menarik minat banyak lagi syarikat penerbangan lain seperti Fire Fly, Air Asia dan juga Sriwijaya Air dari Indonesia untuk menggunakan kemudakan di LTAM. Adalah lebih baik kita menyokong usaha kerajaan negeri ini atau setidak-tidaknya jangan menunjukkan kebodohan diri sendiri menafikan usaha baik kerajaan negeri.


Jebat malas lagi nak berceloteh, para pembaca boleh menilai sendiri tentang perangai puak-puak pembangkang yang akan sentiasa mencari kesalahan tapi tidak mahu sedikitpun membantu usaha-usaha kerajaan yang baik.

p/s - Patutlah DS CM lebih banyak puji YB Dr. Md. Khalid dari si Adly ni.... berbeza betul walau satu parti....

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top