Wednesday, 20 November 2013

Hebat!! Pakar Kona Baring Bukan Pelumba Zulfahmi Khairuddin Tapi.....






Ini Berita Yang Disiarkan pada 17 November 2013

SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.

Akhbar Sinar



Lepas beberapa hari Harakah Daily buat Kona Baring Cecah Telinga Pulak!!

Syariah: Usul muktamar yang silap dilapor
Harakahdaily, 20 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Merujuk kepada laporan-laporan mengenai usul ‘Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud’, PAS ingin menjelaskan bahawa terdapat kesilapan kepada laporan-laporan tersebut.

Usul yang diterima dengan pindaan untuk perbahasan ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar melaksanakan undang-undang Syariah dan membantu mana-mana negeri yang inginkan perkara yang sama untuk melaksanakannya.

“Ia bukanlah usul yang fokus pada negeri-negeri Pakatan Rakyat semata-mata,” jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, umum mengetahui, halangan kepada terlaksananya undang-undang Islam ada di tangan kerajaan pusat yang diterajui Umno.

Oleh itu, jelas beliau tidak munasabah untuk PAS mendesak negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja untuk melaksanakan undang-undang Syariah tatkala Kelantan masih menghadapi pelbagai cabaran perundangan yang menjadi penghalang selama ini.

Beliau berkata, hasrat untuk melaksanakan undang-undang Syariah bukan sahaja daripada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS.

“Kita mesti memahami kewajipan melaksanakannya adalah kewajipan bagi umat Islam dan pemimpin negara,” ujarnya lagi.

Kerana itu, kata beliau ada usul daripada beberapa PAS kawasan yang mencadangkan agar pihak kerajaan pusat tidak menghalang mana-mana negeri yang ingin melaksanakan sistem perundangan Islam untuk menangani masalah rasuah, riba, salahguna kuasa, jenayah dan ketidakadilan ekonomi, sama ada negeri di bawah Pakatan Rakyat atau di bawah Barisan Nasional, untuk dibahaskan di Muktamar ke-59 ini.

Menurutnya, Adun Umno dari Dun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat pernah menyatakan hasratnya untuk melihat undang-undang Syariah dilaksanakan di negeri Johor.

Tambah beliau lagi, seperti kata Ahli Parlimen Ketereh dari Umno, Tan Sri Annuar Musa umat Islam wajib berusaha untuk memastikan hukum Syariah ini berjaya direalisasikan.

Namun begitu, katanya PAS menggalakkan bahawa negeri-negeri yang ingin melaksanakan undang-undang Syariah untuk mempersiapkan diri dari sudut infrastruktur dan sebagainya sesuai dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

 
 
Kita boleh melihat bagaimana pemimpin hamPAS ini membuat sesuatu yang tidak kosisten. Mungkin baru sahaja rakan dominan mereka biaDAP dalam Pakar Rusuhan (PR) ini "Berdehem" sikit kelam kabut mereka "Kona Baring Cecah Telinga" dan "Lemah Lutut" menggigil ketakutan!! 
 
Dan yang paling tak boleh belah, mereka terus menyalahkan UMNO pula.... adeehhhh mana la korang orang hamPAS ni letak muka? puuiiihhh!!!

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top