Monday, 11 November 2013

Resepi Mee Kari Melaka Insider.... hehehehehe sesekali nak memasak la pulak....

Assalamualaikum WBT, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun.


Hari nie jebat rasa malas nak cerita bab politik, tekak pulak terasa nak makan mee kari. Kalau kat Negeri Melaka nie banyak tempat yang menjual mee kari sayang sangat lazat. Salah satu gerai yang menjual mee kari yangg sering jebat kunjungi adalah di hadapan Taman Mutiara Alor Gajah. Kalau dari roundabout Sri Pengkalan, Alor Gajah menghala ke Lendu, gerai ini disebelah kanan hadapan jalan masuk ke Taman Mutiara gerai papan berwarna biru.

Jebat juga nak berkongsi resepi mee kari hari ini. Resepi yang jebat dapat ini lebih kurang rasanya dengan mee kari kegemaran jebat sekeluarga di sini. Kalau ada yang nak cuba resepi ini bolehlah kongsikan nanti apa rasanya ye.... Terima kasih Tuan Tanah


Bahan-bahan ( utk satu famili (7-8 org) )
Untuk Kuah :
8 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
segenggam udang kering*
500 gm keledek merah (direbus dan dikisar sampai hancur)
2 camb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
4-5 camb kari ayam Adabi (dijadikan pes)
2 camb kerisik (buat sendiri)
rempah 4 sekawan
garam dan gula secukup rasa
4 camb minyak masak
Bahan2 Lain:
1 kilo mi kuning (dicelur)
tauge (dicelur)
5 biji telur rebus dan dibelah dua
sedikit daging yg tlh direbus (dipotong dadu kecil)
tauhu goreng (dihiris)
limau kasturi - optional (tp rasanya ttp sedap tanpa perahan limau)
sawi (dicelur)
Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah

Cara-cara
Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan yang bertanda * sampai lumat
Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan sampai wangi dan barulah dimasukkan bahan2 yg tlh dikisar td. Kacau lg sampai keperangan.
Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis.
Kemudian masukkan keledek yg tlh dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau perlahan2. Slps itu, masukkan pula kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah btl2 masak dan pekat (klu xnk pekat sgt, bleh le tmbh air sedikit)
Di dlm mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Hidangkan panas2.

**jika x suke daging bleh diganti dgn ayam, udang, fishcake dsbnya.

Selamat Mencuba!!

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top