Tuesday, 12 November 2013

Tuduh UMNO Punca Ramai Keluar PKR Skrip Lapuk Anwar – Ruslan Kassim

Jika sebelum ini ada yang mengatakan bahawa maksud parti PKR itu adalah parti keluar ramai-ramai, mungkin ada benarnya…

Jika sebelum ini, seorang demi seorang ‘orang kepercayaan’ Anwar meninggalkannya seperti bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan, kini seorang demi seorang pemimpin PKR Sabah pula meninggalkan parti.
Jika sebelum ini Anwar sering memburukkan UMNO jika ada pemimpin UMNO yang keluar parti tetapi kini Ketua Pembangkang itu perlu mencermin partinya pula. Jika dibandingkan dengan UMNO, PKR jauh lebih buruk rekodnya kerana boleh dikatakan ke semua orang kepercayaannya meninggalkan Anwar.

Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan parti PKR tidak boleh dipercayai. Kepincangan dan kerakusan untuk berkuasa di kalangan Anwar dan sekutunya membuatkan ramai yang mula ‘menyampah dan meluat’.

Menurut Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim, senario ini adalah kerana mereka mula sedar, insaf dan faham apa yang berlaku di dalam parti PKR sebenarnya.

“Jika dahulu asas perjuangan PKR adalah memperjuangkan keadilan rakyat kononnya tetapi kini ianya telah jauh berubah. Perjuangan PKR kini adalah lebih kepada merampas Putrajaya dan meralisasikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

“Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjatuhkan negara asalkan hasratnya menjadi Perdana Menteri tercapai. Inilah yang membuatkan ramai pemimpin PKR mula sedar bahawa hanya BN yang benar-benar memperjuangkan rakyat dan melindungi negara.

“Kami tidak sanggup menggadai negara hanya kerana Anwar Ibrahim,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Mengulas mengenai sikap Anwar yang sering menyalahkan orang lain terutama UMNO apabila ada pemimpin pembangkang yang keluar parti, ujar Ruslan itu adalah perkara biasa kerana Anwar adalah seorang manusia yang terlalu bijak memutar belit dan itu adalah skrip lapuk Anwar.

“Biasalah tu… Dia akan cakap UMNO bayar, konspirasi UMNO dan sebagainya. Saya sendiri berani bersumpah saya keluar parti baik UMNO mahupun PKR saya tidak pernah dibayar. Jika tidak mesti saya sudah kaya…

“Ini semua taktik basi Anwar untuk menutup kepincangan dalam PKR. Apa yang pasti, mereka yang keluar parti adalah kerana telah sedar dan nampak dengan jelas apa ‘PKR’ itu sebenarnya. Saya percaya dan yakin akan ramai lagi yang keluar PKR selepas ini,” jelasnya lagi - UMNO-ONLINE

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top