Monday, 9 December 2013

Inilah Kerajaan Yang Sentiasa Menjaga Kebajikan Rakyat!!

Selandar, 09 Disember - Semua tahu yang musim baru persekolahan akan bermula pada awal Januari 2014 nanti. Kalau kita lihat dari sekarang lagi para ibu bapa sudah mula untuk membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka. Bagi yang kurang berkemampuan, ini merupakan satu bebanan kewangan bagi mereka untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak masing-masing.

Lantaran itu, kerajaan Negeri Melaka yang prihatin dengan perkara ini telah mula mengagihkan bantuan persekolahan mengikut DUN di Melaka. Bertempat di Dewan Hang Kasturi, Selandar petang semalam, YB Datuk Wira Hj. Abd. Ghafaar Atan, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Asahan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah untuk DUN Asahan.


Pada majlis tersebut, seramai hampir 80 orang pelajar sekolah rendah di seluruh DUN Asahan telah terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Setiap pelajar menerima sepasang baju dan seluar, kasut sekolah, beg dan juga alat tulis.


YB Datuk Wira Hj. Abd. Ghafaar Atan dalam ucapannya menyatakan yang kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah rakyat. Pelbagai Bantuan telah disediakan untuk meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar yang menerima bantuan ini dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Dalam pada itu, Kerajaan Pusat juga telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk semua pelajar dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat tertinggi. Semua bantuan dan kemudahan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada mereka dalam menuntut ilmu dan akan menjadi pewaris kepada negara di masa akan datang nanti.

Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan:






 

1 comment:

  1. Juai...juai...juai..
    Anak Halon kaki juai...
    lu olang semua baca sini...
    http://anakhalon.blogspot.com/2013/12/anak-halon-jual-laut-melaka-kepada-cina.html

    ReplyDelete

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top