Monday, 9 December 2013

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Mengorak Langkah Membantu Mangsa Banjir


Assalamualaikum W.B.T, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Fasa II Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun.

Hari Ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil (PPUBBK) mengambil inisiatif membuat pungutan derma dan sumbangan dalam bentuk apa juga seperti barangan makanan, keperluan asas, pakaian dan termasuk wang ringgit untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir.


Mereka menyasarkan untuk mengutip seberapa banyak sumbangan yang boleh sebelum melaksanakan Misi Bantuan Banjir. Antara barangan atau sumbangan yang PPUBBK harapkan seperti Barang Makanan - Gula, Susu, Sardin, Minyak Masak, Teh, Kopi DLL. Mereka turut mengharapkan agar dapat mengumpulkan barangan lain seperti Sabun Mandi, Sabun Basuh, Ubat Gigi, Berus Gigi, Baldi, Gayung, Lampin Pakai Buang (Dewasa & Bayi), Selimut, Toto, Telekung, Sejadah, Kain Batik & Pelikat, Tudung, Pakaian Terpakai, Lilin serta Pinggan dan Cawan Polistrin. Buat masa ini mereka telah berjaya mengumpulkan sumbangan beras dan Air Mineral.

Jebat merasakan yang kita perlu untuk membantu usaha PPUBBK ini. Kepada mereka yang berminat bolehla menghubungi Pegawai Penyelaras Misi Bantuan Banjir ini seperti Berikut:

Sdr. Shahreza - 017 - 680 6614
Sdr. Hadzreen - 019 - 667 9447
Sdr. Hairul - 019 - 770 3636

Para Penyumbang juga boleh menghubungi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil  Sdr. Rohazam di talian 019 - 665 5707.
 

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top