Friday, 14 August 2015

Parti komponen BN zahir sokongan kepada Najib



KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menzahirkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sokongan itu dinyatakan di sebuah pertemuan tertutup antara pemimpin parti-parti komponen BN dengan Najib, yang juga pengerusi BN.

Menurut Bernama, pertemuan tersebut berlangsung hampir dua jam sejak 10 pagi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, yang turut menempatkan pejabat perdana menteri.

Pertemuan itu disahkan Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing kepada pemberita, ketika ditemui di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra.

"Kami memberitahu beliau (Najib) tentang keyakinan penuh kami terhadapnya," kata Masing seperti yang dipetik dalam laporan itu.

Tambah Masing, Najib telah menasihatkan semua parti komponen untuk meningkat sokongan dari akar umbi selain mengambil langkah sewajarnya bagi mengukuhkan parti itu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir dalam pertemuan itu.

Pertemuan itu selesai kira-kira 11.40 pagi, selepas kereta pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat mula meninggalkan perkarangan Perdana Putra pada jam itu.


Sumber : Astro Awani, BERNAMA

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top