Tuesday, 1 September 2015

RAMAI YANG TIDAK PERCAYA TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY MEMBELA DATO' SRI NAJIB



Memang tulisan TS Syed Mokhtar Al Bukhary yg viral baru baru ini menimbulkan kejutan. Apatah lagi ia membela DS Najib. Golongan pro Tun M dan TS Muhyiddin lagi terkejut. Syed Mokhtar dianggap sebagai jutawan yg terhutang budi kepada kedua dua tokoh tersebut. Ada yang membuat berbagai andaian dan  menuduh tulisan itu sebagai palsu. Pada mereka semua orang benci Najib. Mereka mahu memaksa rakyat percaya Najib dibenci oleh semua orang termasuk TS Syed Mokhtar. 

Mereka bimbang tulisan Syed Mokhtar sebagai Tokoh Korporat Melayu terkenal dan penerima gelaran Tokoh Melayu Terbilang akan mempengaruhi  pemikiran rakyat. Antara luahan hati TS Syed Mokhtar ialah..."Hampir menitis air mata saya apabila melihat di media sosial segelintir rakyat mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib". 

Katanya lagi..."selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara dgn begitu cemerlang lupakah rakyat Malaysia jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014? Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar?" 

Sebagai umat Islam kita tidak boleh maafkan gambar pemimpin Melayu dipijak pijak oleh kaum lain dalam BERSIH 4. Apatah lagi Najib banyak menyumbang sebagai orang tengah perdamaian Islam seperti mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi membantu umat Islam di sana. Begitu juga Najib juga turun ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina. 

Dan apakah komen dipenghujung tulisannya itu merupakan satu sendiran tajam kepada dua orang bekas bossnya iaitu Tun M dan TSMY?..."apakah mereka yang memperlekehkan kerajaan Najib hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau mereka?". 

Sekarang ini Tun M memfitnah pula Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO kononnya telah dirasuah dan dibeli oleh Najib. Tun M hanya tahu membuat tuduhan tetapi tidak pernah membuktikannya. Maka tidak hairan nanti beliau akan menuduh pula TS Syed Mokhtar telah dibeli dan dirasuah oleh Najib. 

Tun M melalui cybertroopersnya sedang berusaha melakukan damage control diatas kegagalannya cuba mempengaruhi orang Melayu turun beramai ramai dihari kedua BERSIH 4. Kononnya Anwar marah kerana matlamat BERSIH 4 supaya memperjuangkan pembebasannya daripada penjara Sg Buloh telah dihijack oleh kehadiran Tun M kepada isu mendesak Najib meletak jawatan. Jangan lupa Tun M pernah kalah bertanding G7 Kubang Pasu pada tahun 2006. Langit tidak selalu cerah untuk Tun M. Lama kelamaan rakyat akan meluat juga 

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top