Sunday, 25 October 2015

UMNO Lahirkan 20 Penceramah Setiap Bahagian Hadapi PRU-14 - Ahmad Maslan

MELAKA, 25 Okt (Bernama) -- UMNO akan melahirkan sekurang-kurangnya 20 penceramah untuk setiap bahagian parti itu seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata usaha berkenaan akan dilaksana dalam waktu terdekat dan bertujuan melahirkan pelapis parti yang berkaliber, kreatif dan berwibawa dalam memperjuangkan perjuangan parti itu disamping mengekalkan parti agar terus relevan.

"Saya akui kita masih kekurangan penceramah yang berkaliber, setakat ini saya rasa kita hanya ada 10 orang paling ramai dalam setiap bahagian itu pun orang lama.

Saya harap ketua penerangan dan ketua penerangan sayap setiap bahagian berusaha melahirkan penceramah berkebolehan untuk melawan penceramah pembangkang apabila berlaku pilihan raya kecil atau umum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Pidato Piala Presiden UMNO 2015 peringkat zon selatan di sini hari ini.

Pada program itu Mohd Raffe Madon dari UMNO Bahagian Jasin, Melaka muncul pemenang kategori lelaki; Baiha Haron dari UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka juara kategori wanita dan kategori Belia/Beliawanis dimenangi Kamarul Hairi Komeng dari UMNO Bahagian Labis, Johor.

Mereka akan mewakili zon selatan pada pidato Piala Presiden UMNO 2015 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8 Dis depan.


BERNAMA

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top