Thursday, 12 November 2015

Majlis Penerangan Perdana Perjelas 1MDB, TPPA Dan Bajet 2016, Sabtu Ini – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di sini Sabtu ini mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016, dijangka dapat memberi penjelasan yang lebih menyeluruh kepada rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pimpinan parti mengambil keputusan untuk mengadakan penerangan peringkat kebangsaan bagi memastikan perkara berkaitan tiga isu utama itu tidak lagi diputarbelitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Dan ini kaedah yang saya kira lebih baik, daripada mengadakan program secara tertutup,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Ahmad, yang juga Timbalahmad maslanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tokoh yang akan memberi penerangan ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menyentuh mengenai TPPA manakala Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula akan menerangkan lebih lanjut mengenai Bajet 2016.
Ahmad berkata lima kumpulan utama yang dijemput ke majlis itu ialah pimpinan UMNO Bahagian bersama pimpinan Barisan Nasional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, wakil sektor korporat dan pertubuhan belia serta pimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, katanya orang ramai yang ingin memahami lebih lanjut mengenai tiga isu utama itu, turut dijemput hadir.
Menerangkan lebih lanjut, Ahmad berkata majlis penerangan secara terbuka itu yang bermula seawal 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, dijangka dihadiri 1,000 orang.
Mereka yang berminat untuk hadir ke majlis ini boleh menghubungi pihak sekretariat di talian 03-40429511/40482656/40503327 atau faks ke 03-40456433.
~UMNO ONLINE~

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top