Tuesday, 8 December 2015

"Melaka - Di sini lahirnya pemidato hebat!!"

Alhamdulillah....  Berakhir sudah Pertandingan Akhir Pidato Piala Presiden UMNO 2015 pagi semalam. Acara yang telah dianjurkan untuk tahun kedua ini menghimpunkan 15 peserta yang mewakili zon masing-masing. Pertandingan akhir ini telah berlansung di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan salah satu acara pemanas badan sebelum berlansungnya Persidangan Tahunan UMNO 2015.

Wakil UMNO Bahagian Jasin, Melaka Sdr. Mohd Raffe bin Madon telah berjaya mengenepikan 14 pesaing yang lain untuk dinobatkan sebagai juara. Jebat berasa begitu bangga dengan pencapaian Sdr. Mohd Raffe ini yang mana telah mengekalkan piala pertandingan dibumi yang bertuah dan bersejarah ini untuk tahun kedua berturut-turut.

Mohd Raffe menerima piala dari YAB Dato' Sri Presiden UMNO
Untuk rekod, Sdr. Mustafa Bin Musa, wakil dari UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka merupakan pemenang pertama pertandingan pidato ini. Sdr. Mohd Raffe menjelaskan yang kemenangan beliau ini akan menjadi pemangkin untuk terus membantu parti UMNO dan kerajaan untuk menjelaskan dan menyampaikan kepada seluruh rakyat tentang dasar-dasar parti dan kerajaan yang sentiasa membela rakyat terutama golongan bumiputera.

Dengan kemenangan itu, Sdr. Mohd Raffe membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000.00 serta piala pusingan.

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top