Tuesday, 28 June 2016

4.77 juta lawat Melaka sepanjang enam bulan



MELAKA 28 Jun - Sebanyak 4.77 juta pelancong telah berkunjung ke Melaka sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, jumlah kedatang­an pelancong tersebut mening­kat hampir setengah juta orang atau 11.05 peratus berbanding hanya 4.3 juta kehadiran pelancong sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, penambahan jumlah pelancong itu memberi petanda yang positif dalam usaha kerajaan negeri menyasarkan kehadiran sejumlah 16.5 juta pelancong ke Mela­ka tahun ini, berbanding kejayaan menarik sebanyak 15.74 juta pelancong sepanjang tahun lalu.

“Sesungguhnya negeri Melaka amat bertuah kerana memiliki pelbagai jenis khazanah warisan dunia sebagai tarikan pelancong dan antaranya adalah beca.

“Kerajaan negeri megucapkan terima kasih di atas sumbangan serta kreativiti semua pengayuh beca di negeri ini kerana seiring dengan usaha memeriahkan sektor pelancongan Melaka,” kata­nya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Memperkasa Pengayuh Beca Me­laka dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 300 pengayuh pengangkutan itu di Restoran Melayu Melaka di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­cong­an, Pembangunan Pantai, Su­ngai dan Pulau-Pulau nege­ri, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelanco­ngan negeri, Norena Jaafar.

Idris berkata, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan yang diberikan pengayuh beca dan beliau percaya perkhidmatan pengangkutan roda tiga itu masih popular dalam kalangan pelancong walaupun di sebalik pembangunan negara yang semakin canggih dan maju.

“Beca pada zaman dahulu tidak sehebat sekarang yang unik serta dihiasi dengan lampu dan dekorasi seperti sistem audio yang canggih dan mampu menarik minat pelancong.

“Untuk itu saya berharap agar pengusaha beca dapat memberikan perkhidmatan dan imej terbaik sebagai duta barisan hadapan dalam industri pelancongan di negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata, semua penga­yuh beca juga perlu menjadi mata dan telinga untuk sama-sama menjaga reputasi pelancongan Melaka demi kebaikan bersama dan mengelak daripada berlaku peningkatan dalam aduan negatif yang berkait dengan pengangkutan beca. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top