Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 30 Jun – Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bukanlah perkara mengejutkan kerana dalam parti kerajaan pun ada yang pernah didakwa.
Menurut beliau biarlah undang–undang yang menentukan kerana ada yang didakwa sebelum ini didapati tidak bersalah selain ada yang didakwa disabitkan dengan pelbagai hukuman, namun sikap untuk menyerahkan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang perlu dihormati semua pihak.
“Penahanan membuktikan proses perundangan berlangsung tanpa dipengaruhi oleh apa juga faktor atau pun mana-mana pihak. Saya percaya apabila mencukupi maklumat maka kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara dan setelah berpuashati dia lakukan kerja dia.
“Cuma mungkin kebiasaaan dalam negara kita ini ada pihak yang menggunakan kedudukan atau kepentingan masing-masing… pernah berlaku sebelum ini apabila ada orang kena dakwa dia jadi macam hero pulak atau dia jadi macam orang dianiaya.
“Saya nak bagitau daripada segi kesalahan perlanggaran undang-undang dalam negara ianya tidak bersifat kepartian. Dalam parti kerajaan pun ada pernah didakwa dan bila dikemukakan ke mahkamah saya tidak nampak kita datang beramai-ramai. Apabila pemimpin kami didakwa kita pun sedih… kita juga ada semangat setiakawan tetapi kita menghormati undang-undang dan biarlah undang yang menentukan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang oleh SPRM, petang semalam.
Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menegaskan semua pihak perlu menunggu apa yang bakal dikemukakan di dalam kertas pendakwaan terhadap Guan Eng .
“Saya nak tengok juga apakah mereka sekali lagi menggunakan platform perundangan untuk memutuskan salah atau tidak seseorang itu. Ini telah dibincang panjang lebar. Ini bukan satu perkara mengejutkan tiba-tiba Ketua Menteri dihadapkan ke muka pengadilan. Dah dibahas secara terbuka walaupun saya secara peribadi tidak berapa selesa satu-satu siasatan kes dibincangkan secara terbuka.
“Tetapi nak buat macam mana… semua orang dah cakap tetapi kita tunggu apa yang bakal dikemukakan dalam kertas pendakwaaan. Itu tidak ada orang tahu. Pada saya lebih penting untuk kita menghormati dan kepada pembangkang kononnya ‘champion’ kepada integriti, moral dan juga salah laku kali ini tunjuklah pendirian dia. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem kehakiman perundangan dalam Negara,” ujarnya.
Kata beliau lagi semua pihak perlu menunggu perbicaraan di mahkamah dan bukannya membicarakannya di media.
“Saya rasa kita patut memberi sokongan dan semangat kepada SPRM yang telah bertungkus lumus kumpul maklumat, panggil pelbagai pihak untuk kukuhkan kertas siasatan dan kita tunggu perbicaraan di mahkamah dan bukannya di media.
“Pada saya membicarakannya di media ianya akan mempengaruhi pemikiran kita sebelum orang itu dibicarakan. Yang penting soal sistem yang kita gunapakai . Kalau kita tidak hormati sistem itu ianya akan runtuh,” katanya.
Terdahulu sebelum itu beliau bersama Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berbuka puasa bersama mahasiswa IPTS sekitar Lembah Klang di Menara Felda, di sini, hari ini. Pada majlis berkenaan turut diadakan penerangan mengenai PTPTN. Media UMNO
No comments:
Post a comment