Sunday, 19 June 2016

PERTAMBAHAN MAJORITI BUKTI RAKYAT KEMBALI YAKIN KEPADA KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL - MAS ERMIEYATI




Alhamdulillah, ribuan syukur saya panjatkan kepada Allah subhanawata’aala atas kemenangan majoriti besar yang dimenangi oleh kedua-dua wakil BN di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Jutaan tahniah diucapkan kepada YB Budiman Bin Mohd Zohdi dan Datin Mastura Dato Mohd Yazid atas kemenangan selesa dengan pertambahan majoriti di kedua-dua kerusi, walaupun terpalit dengan pelbagai issue yang dipolemikkan oleh parti pembangkang. Ini membuktikan bahawa rektorik yang digembar gemburkan oleh parti lawan tidak memberikan sebarang kesan terhadap kepercayaan pengundi kepada BN.

Walaupun pelbagai strategi yang diatur oleh pihak pembangkang semasa tempoh berkempen khususnya serangan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, ternyata ianya sedikitpun tidak menggugat kepercayaan para pengundi. Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari jentera BN dan para penyokong, segala cabaran dapat diatasi.

Sesungguhnya, kejayaan ini membuktikan bahawa kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan kerajaan masih utuh. Percaturan yang diletakkan terhadap calon pilihan merupakan strategi terbaik dari Pucuk Pimpinan UMNO yang mana ternyata ianya langkah kanan.

Kejayaan besar ini adalah hasil kerja keras semua pihak dengan susunan strategi berkempen yang menekankan ketelusan dan realistik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat. Ternyata, golongan pengundi atas pagar yang selama ini mempunyai keraguan terhadap ketelusan kepimpinan BN, sudah mula membuka mata membuat penilaian yang bijak dan rasional dalam memilih pemimpin.

Mewakili Puteri UMNO sekaliannya , saya mempunyai keyakinan yang teguh bahawa BN akan terus kekal utuh sebagai parti pilihan rakyat . Corak politik yang matang dalam melaksanakan dan merealisasikan mandat rakyat disamping kreatif dalam penyampaian maklumat, mampu menjadi titik tolak terhadap keberlangsungan pemerintahan yang adil dan saksama. Masanya untuk kita terus berjalan ke hadapan (move forward) dan terus bekerja bagi membuktikan bahawa kita ikhlas dlm perjuangan.

Sekalung penghargaan buat semua jentera BN, khususnya jentera Puteri di kedua-dua parlimen yang telah menggembeleng tenaga tanpa mengira penat lelah, berkorban masa, jiwa raga bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kedua calon BN. Teruskan langkah untuk maju ke hadapan kerana perjuangan kita belum selesai.

Tahniah dan terima kasih buat semua.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top