Wednesday, 29 June 2016

Yashir dan Alex sah sarung jersi Melaka United


Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas beberapa kali diuji, Melaka United sah mengambil dua pemain import yang diuji, Yashir Pinto dan Alexandru Tudose untuk membantu mengemudi pasukan kendalian Mat Zan Mat Aris mengharungi separuh masa kedua liga perdana.
Pemain kelahiran Palestin – Chile dan Romania ini tampak teruja untuk membantu pendahulu liga perdana ini sekaligus melayakkan diri ke Liga Super musim depan.
“Saya bersama pasukan yang baik kerana seperti yang saya katakan sebelum ini pasukan ini berada di atas ketika ini, jadi ia sangat penting bagi saya untuk datang ke sini cuba untuk membantu pasukan.
“Saya gembira dan yakin terhadap pasukan ini dan mampu ke Liga Super kerana saya tahu pemain tempatan mempunyai tahap yang sangat baik jadi kita perlu bersama-sama dan kuat setiap perlawanan yang kita ada sekarang.” Kata Yashir.
Kedua dua pemain ini diperkenalkan secara rasmi di Bandar Hilir, Melaka semalam dan majlis menandatangani kontrak turut di saksikan Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Selain Yashir dan Alex Persatuan Bolasepak Melaka United turut mendapatkan enam pemain tempatan.
Dua daripadanya merupakan pemain yang dipinjamkan dari Felda United, Mohd Ferris Danial dan Ahmad Ezrie Shafizie.
Manakal empat lagi pemain adalah Reeshafiq Alwi, Mohd Saiful Mustafa, Mohd Fadzley Rahim dan Ahmad Khuzaimie Piee.
Melaka United berkelebihan dua mata dibelakang tiga pasukan yang berkongsi 25 mata, Negeri Sembilan, Johor Darul Takzim 2, dan Kuala Lumpur. - SUMBER

No comments:

Post a Comment

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top