Wednesday, 20 July 2016

Wajib Baca!! Di sebalik insiden pesawat MAS MH17 yang rakyat perlu tahu.



Dua tahun telah berlalu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia. Ada yang mungkin sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga pesawat milik MAS MH17 ditembak jatuh di Wilayah Ukraine pada tanggal 17 Julai 2014 jam lebih kurang jam 10.15 malam waktu Malaysia.

Saya sebenarnya juga tidak tahu, kerana Saya rasa ini adalah isu global yang mana banyak faktor perlu diambil kira dalam merungkai secara keseluruhan tragedi tersebut. Namun Saya mahu untuk kongsikan apa yang Saya tahu berhubung MH17 dengan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau.

Pada 17 Julai 2015 jam lebih kurang 6 petang Saya terima panggilan talifon dari Nooryana Najwa @ Saya panggil Puan Gina anak perempuan YAB PM yang meminta Saya hadir ke kediaman YAB PM di Seri Perdana Putrajaya. Saya hadir pada jam 10 malam ditemani dua orang rakan. Sekitar jam 10.30 malam Saya berjumpa dengan Puan Gina dan beliau menyatakan hasrat kenapa Saya dipanggil untuk berjumpa beliau.

Tak silap Saya waktu itu YAB PM dalam perjalanan pulang ke Putrajaya menaiki pesawat dari Kelantan atas urusan rasmi kerajaan. Dan Saya pula kali kedua berjumpa dan berbual dengan Puan Gina kerana kali terkahir berjumpa sewaktu majlis persandingan di Kazakhstan.

Jujur Saya cakap, Puan Gina anak kepada YAB PM meluahkan kekecewaan akan apa yang telah berlaku pada hari itu tanggal 17 Julai 2015. Kecewa kerana media televisyen dan akhbar tidak menyampaikan apa yang telah dibuat oleh bapa beliau iaitu YAB PM dalam menangani insiden MH17. Beliau tambah kecewa apabila cacian, makian dan hinaan terus dilemparkan kepada bapa beliau dalam insiden MH17. Saya dan rakan Saya waktu itu mendengar segala apa yang diluahkan oleh Puan Gina sehingga beliau selesai meluahkan apa yang beliau ingin kongsikan.

Setelah selesai apa yang Puan Gina anak YAB PM luahkan Saya bertanya satu soalan, "Adakah kekecewaan ini lahir dari peribadi Puan Gina atau YAB PM sendiri ?" Puan Gina memaklumkan kepada Saya bahawa "YAB PM dan kami sekeluarga"

Saya sememangnya seorang yang jujur dan suka berterus terang, dan Saya bercakap dengan jelas kepada Puan Gina bahawa apa yang beliau ceritakan adalah sesuatu yang luar biasa yang Saya sendiri pertama kali mendengarnya. Apa yang berlaku pada tanggal 17 Julai 2014 sehingga hari-hari berikutnya membuatkan Saya kagum dengan YAB Najib Razak dan keluarga beliau termasuklah Puan Gina, suami beliau Dani, Ashman anak lelaki YAB PM dan juga Datin Seri Rosmah Mansor.

"5 nights silent diplomacy that saved the world". Dari mula berlakunya insiden MH17 ditembak jatuh, PM berkomunikasi dengan ketua pihak pemisah pro Russia yang memegang kotak hitam, mayat semua mangsa nahas dan bangkai pesawat MH17 hinggalah kepada perbualan antara YAB PM , Vladimir Putin Presiden Russia dan Barrack Obama Presiden US. (Akan diceritakan dimasa mendatang keseluruhan apa yang Puan Gina ceritakan kepada Saya, jika dibenarkan✌🏼️)

Saya dan rakan turut merasakan ralat dan kecewa kerana apa yang diusahakan oleh YAB Najib Razak tidak dihargai oleh sebilangan rakyat Malaysia. Sudah lah tidak menghargai apa yang dilakukan YAB Najib Razak malah ada rakyat yang terus mengkritik, menghina dan mencaci YAB PM hasil dari hasutan pemimpin pihak pembangkang di Malaysia.

Namun Saya tidak menyalahkan keseluruhan pekara ini kepada rakyat. Kerana pekara ini tidak diketahui oleh rakyat ekoran pegawai-pegawai YAB PM sendiri culas dan gagal menghebahkan apa yang dibuat oleh YAB Najib Razak dalam insiden MH17. Atas sebab kegagalan pegawai di pejabat YAB PM sendiri maka rakyat dunia khusunya rakyat Malaysia tidak nampak dan faham peranan besar yang dilakukan oleh YAB PM Dato Seri Najib Razak.

Saya dengan tegas menyampaikan kepada Puan Gina bahawa kegagalan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri punca YAB Najib Razak menjadi bahan kecaman rakyat. Ini kerana Saya merasakan tanggungjawap tersebut adalah tanggungjawap pegawai YAB PM untuk menyampaikan kepada Rakyat peranan besar YAB PM dalam melakukan sesuatu yang diluar kemampuan beliau dalam mengatasi krisis MH17 yang boleh menyebabkan perang dunia ketiga tercetus pada waktu itu.

YAB PM Dato Seri Najib Razak adalah pemimpin yang telah menyelamatkan dunia dari tercetusnya perang dunia ketiga. Dan pekara ini adalah satu pekara yang diketahui oleh pemimpin-pemimpin dunia terutama Presiden US Barrack Obama dan juga Presiden Russia Vladimir Putin. Atas sebab kesabaran dan kebijaksanaan YAB Najib Razak lah maka sehingga ke hari ini Russia dan Amerika tidak berperang dan mengheret negara-negara lain dalam kancah peperangan.

Benar, kita rakyat Malaysia cepat meletakkan beban dan kesalahan kepada YAB Najib Razak. Tetapi dunia luar memandang tinggi keupayaan Najib Razak dalam menangani insiden MH17. Kerana mereka tahu apa yang telah dilakukan YAB Najib Razak telah memberikan satu keamanan buat seluruh penduduk dunia.

Saya bertanya kepada Puan Gina "Adakah YAB PM tahu akan sikap pegawai-pegawai beliau yang gagal melaksanakan kerja dengan betul dan komited?" Puan Gina jawap "PM tahu"

Saya jawap kepada Puan Gina "Masaalah utama YAB PM adalah beliau terlalu baik hati. Beliau terlalu baik sehingga tidak sanggup memecat pegawai yang gagal menjalankan tugas dan pegawai yang menipu beliau."

Untuk makluman semua, sepanjang YAB PM memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak pernah memecat seorang pun pegawai-pegawai beliau. Ini lah sebenarnya kelemahan YAB PM iaitu beliau terlalu sangat baik hati.

Ada beberapa pekara lagi yang Saya bualkan dengan Puan Gina, lebih kurang 2 jam kami bertukar-tukar pandangan dalam membantu apa yang termampu buat YAB PM.

Lebih kurang jam 1 pagi baru lah Saya dan dua orang rakan beredar dari kediaman Rasmi YAB PM. Saya masih ingat kata Puan Gina waktu Saya melangkah keluar :

"Azri, U bantu PM." Dan saya membalas dengan berkata "Saya boleh bantu dengan apa yang termampu, tetapi YAB PM sendiri perlu membantu diri beliau sendiri dalam cabaran yang ada hari ini. Puan Gina anak YAB PM dan Puan Gina layak untuk berterus terang apa yang berlaku hari ini kepada YAB PM"

Selang beberapa hari selepas perjumpaan Saya dengan Puan Gina anak YAB PM maka barulah keluar beberapa story yang bercerita tentang ketabahan dan keberanian YAB PM dalam krisis insiden MH17. Saya rasa YAB PM sendiri yang tegur pegawai-pegawai dipejabat beliau agaknya.👍🏼

Dato Seri Najib Razak juga adalah manusia biasa, beliau tidak minta dipuji melangit tetapi biarlah usaha yang beliau lakukan diterjemahkan kepada rakyat agar setidak-tidaknya Rakyat tahu bahawa peranan YAB PM sekeluarga dalam menangani insiden MH17 telah menyelamatkan dunia dari tercetusnya perang dunia ke tiga. ✌🏼


UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top