Tuesday, 2 August 2016

PANAS BERAPII!!! DOJ Tarik Balik Fitnah Terhadap Syarikat Riza Aziz



Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.


Oleh kerana ini, Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

Jabatan Kehakiman juga akan ‘memegang’ rakan kongsi perniagaan yang ‘tidak berbahaya’ dan vendor-vendor Red Granite.



Pendapatan semasa daripada filem “Friends with Kids” dan “The Wolf of Wall Street” yang sangat berjaya boleh juga digunakan untuk memenuhi komitmen-komitmen yang tersedia ada atau untuk membayar vendor-vendor atau pinjaman-pinjaman tetapi pendapatan masa akan datang kedua-dua filem ini akan disimpan dalam escrow sementara menunggu keputusan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman.
Perintah sekatan ke atas Red Granite telah ditarik balik tetapi tuntutan sivil masih berterusan, menyebabkan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang.

Akan tetapi penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

Setakat ini, gabungan kesemua filem-filem Red Granite telah menghasilkan lebih daripada USD800 juta – termasuk USD400 juta daripada “The Wolf of the Wall Street” dan terus menghasilkan berjuta-juta setiap tahun daripada jualan kepada TV kabel, jualan dan penyewaan DVD dan servis dalam talian seperti Netflix.

Riza sebelum ini telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman mengambil USD200 juta dana berkaitan 1MDB tetapi Riza telah menerangkan bahawa ianya pinjaman di mana WSJ sebelum ini telah melaporkan bahawa syarikat Riza telah mebayar balik sebahagian besar pinjaman tersebut.
Filem terbaru Red Granite yang merupakan filem remake “Papillion” yang diterbitkan pada 1973 yang mengisahkan tentang tahanan yang melarikan diri daripada penjara bakal memulakan produksi.

Sepanjang minggu lepas, PakaTun telah menyebarkan pelbagai khabar angin menyatakan Najib takut untuk ke luar negara dan Riza telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat kembali ke Malaysia menggunakan paspot diplomatic kerana takut ditahan.

Sebenarnya Najib berada di Indonesia sejak semalam untuk berbicara dengan Jokowi untuk menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia yang telah berlarutan selama 10 tahun mengenai Laut Sulawesi sementara Riza berada di Amerika Syarikat membuat filem.

Orang-orang PakaTun banyak menipu dan suka menyebarkan khabar angin yang tidak elok – sama seperti baru-baru ini di mana mereka memfitnah Rosmah dan Sultan Pahang atas gambar yang di ambil dari sudut yang mengelirukan.
#BeStrongPM
#RespectMyPM
#SetiakawanMercenaries

PostMetro

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top