Sunday, 7 August 2016

Propaganda Pembangkang Untuk Pecah Belah Dan Lalaikan Anggota UMNO - Razali


BACHOK, 6 Ogos (Bernama) -- Berhati-hati dengan propaganda pembangkang untuk melaga-lagakan anggota UMNO agar bertelagah sesama sendiri sehingga lupa kepada perjuangan untuk membela rakyat, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim di sini.

Beliau berkata apabila berlaku pertelagahan, anggota UMNO juga hilang fokus untuk mempertahankan parti apabila berdepan dengan pembangkang.

"Mereka (pembangkang) mahu kita leka ataupun bergaduh seterusnya lalai daripada tumpuan mempertahankan parti... menggunakan pelbagai propaganda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bachok di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok di sini, hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengingatkan anggota UMNO supaya sentiasa berhati-hati kerana serangan daripada pembangkang boleh datang dalam pelbagai bentuk.

"Kita semua perlu mengambil iktibar daripada sejarah lampau yang banyak membuktikan runtuhnya sesebuah tamadun besar kerana adanya orang dalam yang membuka pintu untuk membenarkan musuh masuk," katanya.

BERNAMA

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top