KENYATAAN
MEDIA
YBHG DATO’
RAZALI IBRAHIM,
TIMBALAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
BERKAITAN
FELDA INVESTMENT CORPORATION SDN BHD
Putrajaya, 19
Januari 2017 - Sukacita dimaklumkan
bahawa saya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi FELDA yang telah memberi
penekanan kepada penstrukturan semula Felda Investment Corporation Sdn Bhd
(FIC) dalam usaha membawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk
terus berkembang maju.
Saya
percaya bahawa penstrukturan ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana
Menteri dan juga aspirasi Kerajaan untuk menjadikan agensi Kerajaan dan Badan
Berkanun sentiasa menjunjung tinggi terhadap urus tadbir yang baik dan budaya
kerja yang berintegriti.
FIC
merupakan badan yang bertanggungjawab mengendalikan pelbagai perusahaan
pelaburan Kumpulan FELDA sudah tentu perlu diberi penambahbaikan dan dimantapkan
bagi memastikan segala pelaburannya dapat membawa keuntungan kepada FELDA. Justeru, pembentukan barisan kepimpinan FIC ini
akan menjadi perkara utama dan elemen paling kritikal
untuk dilaksanakan serta diselaraskan bersesuaian dengan penyusunan semula
badan pelaburan itu.
Pengerusi
FELDA perlu diberi kebebasan untuk membentuk pasukan baru ini dan perlu
mendapat sokongan semua pihak. Peletakan jawatan dalam kalangan Ahli Lembaga
Pengarah FIC seperti diminta oleh Pengerusi FELDA akan memastikan ketelusan
dalam proses ini sekaligus melancarkan lagi penstrukturan semula FIC.
Besar
harapan saya agar penstrukturan semula yang dirancang ini akan dapat
direalisasikan dengan jayanya dan sekaligus dapat memberi manfaat sepenuhnya
kepada warga peneroka iaitu stakeholder terpenting
FELDA dan mengembalikan semula FELDA ke zaman kegemilangannya seperti suatu
masa dahulu.
Disediakan
oleh:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERDANA MENTERI
19 Januari 2017