Tuesday, 14 February 2017

Saja je nak ingatkan.... mereka nie memang kaki pitenah!!


Artikel fitnah: FELDA menang saman terhadap Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keadilan. 

Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat. 

Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 


Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said, berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa FELDA, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. 

Beliau berkata, hanya Parlimen dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada FELDA untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. 

Kamaludin membuat keputusan itu selepas menolak isu awal yang dibangkitkan oleh defendan bahawa FELDA, sebagai pertubuhan yang didaftarkan menurut Akta Kemajuan Tanah, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu. 

Beliau berkata, FELDA berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi. 

Pada 16 Ogos, 2010, FELDA dan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan dengan mendakwa artikel itu menjejaskan imej mereka. 

Plaintif berhujah bahawa defendan dengan sengaja telah menerbitkan artikel untuk menjejaskan kepercayaan dan keyakinan peneroka FELDA terhadap agensi itu. 

FELDA juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan seperti itu dalam media cetak atau internet. 

Agensi itu juga menuntut permohonan maaf secara bertulis daripada defendan yang akan diterbitkan dalam akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dan kos lain serta relif yang dianggap wajar oleh mahkamah. 

Pada 30 September, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib yang juga seorang daripada defendan, memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu. 

Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.

- BERNAMA

Jadi tidak hairanlah kebanyakan pemimpin mereka ini selalu sahaja "kantoi" sebab mereka sendiri tiada intergriti dalam perjuangan. Mereka hanya mementingkan kuasa dan hanya ingin memperbodohkan rakyat. Sudah terbukti juga ramai pemimpin mereka ini telah pon dan sering sahaja KANTOI dengan segala tindak-tanduk mereka seperti pemimpin mereka ini..........


Kepada semua rakyat Malaysia... adakah ini pemimpin yang kita mahukan??

- Laksamanajebat -

UMUM

Jom Makan@Melaka

Politik

Sukan

Diari YB

Cuti-Cuti@Melaka

Back To Top