Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kesemua penduduk berkenaan terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka di sini untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kejadian itu, lebih 250 penduduk di taman berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh pasukan bomba dan penyelamat atas faktor keselamatan.
Berikutan kejadian itu, lebih 250 penduduk di taman berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh pasukan bomba dan penyelamat atas faktor keselamatan.
Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandungi bahan kimia yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab berhampiran kawasan perumahan tersebut.
Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.51 petang dan sepasukan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) serta Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan dikejarkan ke lokasi.

BEBERAPA penduduk yang mengalami sesak nafas akibat terhidu gas klorin di Taman Tambak Paya sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. - UTUSAN ONLINE