Tuesday, 10 October 2017

DYANA SOFYA DIJANGKITI VIRUS LKS - Haryaty

Haryaty Hamdzah
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia
 1. Program Bicara Minda dan Dialog Semasa Perjuangan For All dianjurkan oleh Penerangan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Biro Penerangan UMNO Malaysia yang berlangsung pada 9 Oktober 2017 di PWTC lalu telah membincangkan pengiktirafan kerajaan BN terhadap wanita dan perjuangan wanita muda dalam negara ini. Ahli Panel terdiri daripada YB Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan YB Dato Seri Azalina Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. 

2. Dyana Sofya telah memberi respon melalui MalaysiaKini berkenaan kenyataan YB Tan Sri Annuar dalam program itu. Beliau menyatakan bahawa YB Tan Sri Annuar Musa merupakan “Cif Pencacai” kepada YAB Perdana Menteri. Respon seperti ini telah menunjukkan bahawa Dyana sebenarnya tidak matang dan telah dijangkiti virus Lim Kit Siang (LKS). Dia sebenarnya tidak boleh menafikan tentang “DAP led Pakatan Harapan” itu. Kerana dalam komposisi jumlah kerusi parlimen dalam Pakatan Harapan sekarang, DAP menguasai 37 kerusi berbanding PKR 28, Amanah 6, PPBM 1. Lazimnya, parti yang dominan akan menguasai pakatan. Betul kata YB Tan Sri Annuar Musa tempohari, “tidak penting siapa memerintah itu, yang penting sebenarnya adalah siapa yang menguasai.”

3. Perlantikan orang-orang Melayu seperti Mejar Zaidi - Pegawai Penerangan, Saifudin Nasution - Pengarah Strategik dan Wan Ji - Pegawai Penerangan Agama dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang adalah bukti Melayu diperalatkan untuk menjadi benteng kelangsungan pentadbiran negeri. Adakah LGE benar-benar memerlukan mereka ini? 

4. Sedangkan Tony Pua pernah berkata, “jika DAP menjadi kerajaan jumlah penjawat awam akan disemak dan dikurangkan sehingga 50%. Mereka ini semua membebankan.” Siapa “mereka” yang ramai menjadi penjawat awam itu, jika bukan orang-orang Melayu? Adakah nasib mereka akan terbela jika PH memerintah? Tidak. 

5. Parti Barisan Nasional telah berjaya meletakkan ramai pemimpin wanita muda dibeberapa platform utama dalam negara. Ada yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Majlis PBT dan lain-lain lagi. Jika Dyana Sofya berbangga dengan pakej yang dia ada seperti berpendidikan tinggi, berpengalaman 5 tahun dalam politik, malah beliau juga berwajah menarik. Tapi rekod telah membuktikan bahawa pakej yang ada pada beliau itu tidak membolehkan beliau menang sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, baiklah dia bermuhasabah diri. Hakikatnya perjuangan wanita muda dalam politik bukan terletak pada pakej itu semata dan bukan semudah itu! 

6. Anak muda Melayu wajar diingatkan akan komitmen DAP dalam Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 “the ideal of a free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality, and social and economic justice...” Perjuangan “Malaysian Malaysia” DAP kini bukan hanya disuarakan oleh pemimpin “lama” DAP sahaja tetapi “anak muda melayu” seperti Dyana Sofya yang hilang identiti dirinya setelah dikuasai oleh DAP. Ini bahaya. 

7. PAS yang pernah bertahaluf siyasi dengan DAP. Dalam Facebook Mampu Centre PAS terdapat artikel “DAP - A silent killer in PH”. Dalam artikel tersebut berbunyi “DAP sedang membunuh komponen-komponen PH dalam senyap dan senyum palsunya. Alangkah malang bagi yang belum melihat kelicikan DAP dalam menguasai PH dan seterusnya akan menguasai Malaysia jika PH diberikan mandat selepas PRU 14 nanti. 

PRU 14 - pastikan kita tidak memberikan lagi kepada DAP, 1 undi kepada PH (PKR/PPBM/AMANAH) bermakna 1 undi kepada DAP”. Maka, fikir-fikirkanlah.... 

8. Saya juga berminat untuk mengetahui mengapa tiada laporan polis sehingga ke hari ini dibuat setelah gambar-gambar intim yang dikatakan mirip Dyana Sofya bersama Zairil ditular oleh sesetengah pihak. Laporan polis wajar dibuat bagi menentukan gambar-gambar yang ditular itu berunsur fitnah atau sekadar gambar rekaan.

9. Pesanan buat Dyana Sofya, usah mempersoalkan  perjuangan dan jasa parti UMNO dan Barisan Nasional kepada wanita muda Malaysia, sebaiknya dia fokus untuk menjernihkan namanya terlebih dahulu dan pulihkan dirinya dari virus LKS. . .


HARYATY HAMDZAH
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia
11/10/2017

Share:

0 comments:

Post a Comment