Melaka Insider

Story From The Historic City

Responsive Ads Here

Wednesday, 17 April 2019

POSANAN KHAS BUAT MUSA - FAN AG EMPIRE


POSANAN KHAS BUAT MUSA
Pesanan ini di tujukan buat Pengurusan Tertinggi, Terendah, Tengah-Tengah, Atas Bawah, Kejurulatihan dan Para Pemain di bawah lambang MUSA.

Masuk tahun ni dah 3 musim kita di Liga Super. Masih lagi kami sebagai peminat di sajikan prestasi yang caca merba serba tak kena.

Kami tak tahu lagi nak kata apa dan tak mahu bertindak bodoh dengan melulu.

Cuma nak di ingatkan, sebagai di pihak penyokong kalian harus tahu betapa kami juga mempunyai masalah kami untuk hadir ke stadium...

Tapi semua itu kami ketepikan demi pasukan tercinta. Kami datang demi jiwa kepada Melaka sebagai nyawa.

Kami hadir juga ada di kalangan kami bergolok bergadai semata-mata untuk melihat depan mata aksi pasukan di sayangi ni.

Tapi apa yang KORANG BALAS???? Alasan berserta aksi hambar di palitkan kontrovesi basi!! dan masalah dari dulu kini dan mungkin selamanya!!

Andainya di takdirkan kami semua pandai mengurus dan bermain bola dah tentu aksi atas padang tu aksi kami!! Dan dah tentu MENTALITI KAMI ADALAH KEMENANGAN!!

Apa yang MUSA mahukan lagi dari penyokong???? Kehadiran berkurangan di tuduhnya kami tak sejati, di kata kami tak minat... Pernah pihak MUSA jalan kerja buat bancian terperinci???

Kami bukan tak terima kekalahan tapi kami tak terima kekalahan dengan alasan dan aksi yang SAMA MACAM LEPAS LEPAS!!!

Sudah-sudahlah wahai MUSA untuk cipta alasan dan perjalanan yang hampir sama setiap musim.

Kami dah boleh HAFAL skrip yang di sajikan pihak MUSA kepada kami.

Kami berharap sangat perlawanan seterusnya MUSA perbetulkan apa yang tak betul sebab kami sentiasa perhati dan memerhati perangai masing² dari jauh mahupun dekat!!!

Jika mahu melihat stadium penuh kembali rasanya MUSA tahu apa yang perlu di lakukan dan sebagai penyokong SETIA kami tetap akan hadir di setiap perlawanan...

Cuma....
Ubahlah skrip LAPUK dan BASI kepada KEJAYAAN BERTERUSAN... Kami juga tertanya, apakah VISI dan MISI MUSA sebagai pengurusan untuk kami penyokong ini sandarkan sebagai sekongan padu???


Nak ke mana dalam masa 5-10 tahun akan datang???
Evolusi kejayaan hanya sekadar Piala FAM dan Liga Perdana sajakah???
Dari Penyokong untuk Pengurusan.

CREDIT TO :-
https://www.facebook.com/A.G.E.komrade/?__tn__=%2Cd%2CP-R&eid=ARBH6cQRDXPAZMEtiS0UPSUqAUN7Rf9FDqcTcVsen6bZBqd3tSc5oju-SSm-NHvCHYyD8otSikZ7nQXk

No comments:

Post a Comment